• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

5 Langkah Untuk Menganalisis Syarikat

in Fundamental Analisis, Saham
A A
5 Langkah Untuk Menganalisis Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam pelaburan saham, adalah penting untuk kita tahu cara untuk menganalisis syarikat. Bukan semua syarikat yang disenaraikan di bursa saham adalah berkualiti dan tidak mustahil untuk dikatakan juga banyak syarikat yang mengalami kerugian.

Jika tidak berupaya untuk menganalisis syarikat, maka kita akan cenderung untuk terbeli saham syarikat yang rugi serta tidak mempunyai pertumbuhan. Seterusnya ia juga memberi kesan terhadap pelaburan kita.

Jom ketahui 5 langkah yang boleh digunakan untuk menganalisis sesebuah syarikat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

1. Memahami Perniagaan Yang Dijalankan

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menilai sesebuah syarikat adalah dengan memahami sepenuhnya perniagaannya.

Ramai yang ambil enteng mengenai perkara ini. Sebagai contoh, mereka hanya tahu syarikat tersebut terlibat dalam sektor teknologi. Namun, sektor teknologi ini banyak cabangnya serta berlainan industri.

Jika pelabur gagal memahami perniagaan syarikat, maka pelabur juga akan gagal membuat keputusan apabila terdapatnya berita atau sentimen yang berkaitan. 

Sekiranya anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan, saya sarankan cari jawapan bagi persoalan di bawah.

  • Apakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat?
  • Siapakah pelanggannya?
  • Siapakah pesaingnya?
  • Berapa besar pegangan pasaran (market share) syarikat dalam industri?

Memahami industri dan kedudukan syarikat dalam industri tersebut akan memberikan anda asas untuk menganalisis potensinya.

2. Mengkaji Penyata Kewangan

Tak perlu menjadi seorang akauntan atau pakar kewangan untuk kita kaji penyata kewangan syarikat. Cukup dengan memahami asas dan maksud di sebalik nombor-nombor dalam penyata kewangan sudah memadai.

Penyata kewangan memberikan maklumat penting tentang prestasi sesebuah syarikat. Dalam laporan tahunan syarikat, biasanya pasti aka nada 3 benda ini iaitu:

  • Kunci kira-kira
  • Penyata pendatan
  • Penyata aliran tunai

Beri perhatian kepada angka-angka utama seperti pendapatan, perbelanjaan, pendapatan bersih, dan aliran tunai. Menganalisis penyata-penyata ini akan membantu anda menilai kesihatan kewangan syarikat tersebut.

Anda boleh cari laporan tahunan kewangan syarikat sama ada di laman web syarikat itu sendiri atau penyedia maklumat pihak ketiga seperti KLSE Screener dan malaysiastock.biz. 

3. Mengkaji Keuntungan & Pertumbuhan

Mengkaji keuntungan dan pertumbuhan syarikat adalah komponen utama dalam analisis pasaran saham. Keuntungan merujuk kepada jumlah pendapatan bersih yang diperoleh syarikat setelah menolak semua kos operasinya. Pertumbuhan pula merujuk kepada peningkatan dalam pendapatan, keuntungan, atau aset syarikat dari masa ke masa. 

Apabila menilai keuntungan, pelabur perlu melihat margin keuntungan syarikat dan membandingkannya dengan pesaing dalam industri yang sama untuk menilai keberkesanan pengurusan kos dan strategi harga syarikat. 

Pertumbuhan pula boleh dianalisis dengan memerhatikan laporan kewangan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengenal pasti trend sama ada syarikat menunjukkan peningkatan yang konsisten atau mengalami kemerosotan. 

Syarikat yang menunjukkan pertumbuhan yang stabil dan berterusan sering dianggap sebagai pelaburan yang lebih selamat dan berpotensi untuk memberikan pulangan yang baik dalam jangka masa panjang.

Pelbagai nisbah kewangan yang boleh dijadikan rujukan seperti:

  • Margin keuntungan kasar (gross profit margin)
  • Margin keuntungan bersih (net profit margin)
  • Nisbah pertumbuhan pendapatan (revenue growth rate)
  • Return on Equity (ROE)
  • Earnings per share (EPS)

4. Kaji Pengurusan Syarikat

Ramai orang terlepas pandang perkara ini iaitu tidak mengambil tahu siapa barisan pengurusan syarikat. Ingat! Sebuah organisasi yang hebat lazimnya ditadbir oleh seorang pemimpin yang berjaya. 

Saya sarankan anda menganalisis pasukan pengurusan syarikat dan rekod pencapaian mereka. Kaji sama ada pasukan pengurusan mempunyai visi yang jelas untuk masa depan syarikat dan sama ada tindakan mereka selari dengan kepentingan pemegang saham.

Anda boleh kenal pasti sama ada pasukan pengurusan mengambil serius untuk mengembangkan syarikat berdasarkan prestasi syarikat untuk beberapa tahun terkini. Salah satu cara juga ialah anda boleh menghadiri AGM dan menilai sendiri bagaimana pihak pengurusan membuat pembentangan mengenai masa depan syarikat. 

Pengurusan yang baik akan berjaya menerangkan hala tuju syarikat kepada pemegang saham dalam AGM. Sekiranya pengurusan mampu menjawab semua soalan yang diajukan, ia juga memberikan petanda yang positif. Sekurang-kurangnya kita tahu yang mereka benar-benar tahu apa yang mereka sedang lakukan.

Selain itu, buat kajian sekiranya terdapat sebarang berita positif dan negatif yang dikaitkan dengan pengurusan syarikat.

Sumber Gambar : fifthperson

5. Kaji Trend Industri

Untuk menganalisis syarikat dalam pasaran saham, mengkaji trend industri adalah langkah penting yang tidak boleh diabaikan. Trend industri merujuk kepada aliran atau perubahan dalam industri tertentu yang boleh memberi kesan kepada prestasi syarikat dalam industri tersebut. Dengan memahami trend ini, pelabur dapat menilai sama ada syarikat itu beroperasi dalam industri yang sedang berkembang atau sebaliknya. 

Contohnya, jika industri teknologi sedang mengalami pertumbuhan pesat akibat peningkatan permintaan terhadap teknologi baru, syarikat-syarikat dalam sektor ini berkemungkinan besar akan melihat peningkatan dalam keuntungan dan harga saham mereka. Kita boleh lihat bagaimana syarikat-syarikat berkaitan dengan semikonduktor, AI dan sebagainya meningkat naik sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja syarikat gergasi seperti Nvidia, Alphabet, Apple menunjukkan pertumbuhan, malah syarikat-syarikat di Malaysia juga mendapat tempiasnya.

Sebaliknya, jika industri tersebut berada dalam fasa kemerosotan, syarikat yang bergantung kepada industri ini mungkin menghadapi cabaran untuk mengekalkan keuntungan. Oleh itu, analisis trend industri memberi pelabur gambaran yang lebih jelas mengenai potensi risiko dan peluang yang mungkin dihadapi oleh syarikat dalam pasaran saham.

Kesimpulan

Sebelum membuat keputusan untuk membeli saham syarikat tersenarai di pasaran saham, anda digalakkan untuk membuat “kerja rumah” di atas terlebih dahulu. Barulah dapat cari syarikat-syarikat yang berkualiti.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share326ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In