• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Pendapatan Agregat 30 Saham Dalam FBM KLCI Berada Pada RM18.7 Bilion Pada Suku Kedua

in Asas Saham, Market Update
A A
Sunway Sertai Konstituen FBM KLCI Menggantikan AMMB Holdings
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Agregat pendapatan 30 konstituen FBM KLCI dilaporkan berjumlah RM18.7 bilion pada suku kedua 2024 dalam persekitaran pertumbuhan positif 7.2 peratus suku ke suku dan 22.6 peratus tahun ke tahun.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) berkata pada asas yang diselaraskan, agregat pendapatan normalisasi masing-masing meningkat sebanyak 5.0 peratus suku ke suku dan 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM18.5 bilion, kata 

Prestasi pertumbuhan normal suku ke suku yang positif adalah kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan pendapatan dalam kalangan saham utiliti (Tenaga Nasional dan YTL Power), perladangan (KL Kepong dan SD Guthrie), produk dan perkhidmatan perindustrian (Petronas Chemicals dan Press Metal), dan perkhidmatan kewangan (Public Bank).

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Sementara itu, prestasi pertumbuhan normalisasi tahun ke tahun susulan peningkatan pendapatan dalam kalangan perkhidmatan kewangan (CIMB, HLFG, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank), produk dan perkhidmatan perindustrian (Press Metal dan Petronas Chemicals), utiliti (Tenaga Nasional), dan perladangan (KL Kepong).

Ia berkata 18 peratus saham di bawahnya melaporkan pendapatan lebih tinggi daripada jangkaan pada suku tersebut, 23 peratus mencatatkan pendapatan lebih rendah daripada jangkaan manakala 60 peratus mencapai jangkaan.

“Perubahan harga sasaran melibatkan 35 pelarasan menaik dan 16 pelarasan menurun. Tambahan pula, kami membuat 18 perubahan pada cadangan saham diberikan dengan lapan peningkatan dan 10 penurunan taraf,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Secara keseluruhannya, ia menyifatkan musim keputusan suku kedua 2024 secara umumnya positif seperti yang dibuktikan oleh semakan menaik untuk agregat pendapatan hadapan kedua-dua konstituen FBM KLCI.

“Kami melihat lebih banyak peningkatan kepada pasaran ekuiti tempatan dalam beberapa bulan akan datang, didorong oleh aliran masuk dana asing ke dalam aset ringgit.

“Ini akan disokong oleh kelemahan relatif dolar US disebabkan oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), prospek pendapatan makro/korporat yang sihat serta penilaian saham yang murah,” katanya.

MIDF berkata ia mengekalkan sasaran 2024 untuk FBM KLCI, FBM Hijrah dan FBM70 masing-masing pada 1,750 mata, 14,100 mata dan 18,900 mata.

Sementara itu, dalam nota penyelidikan berasingan, RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata keputusan suku kedua 2024 adalah kukuh, mengukuhkan lagi jangkaan bahawa pendapatan telah berubah.

“Lebih banyak sektor melebihi jangkaan selain semakan pendapatan positif. Kami melihat berita mengenai pelaburan langsung asing yang positif dengan pasaran berada di puncak kitaran penurunan kadar yang akan menjadi positif untuk ekuiti pasaran baharu muncul daripada jangkaan kelemahan Indeks dolar US (DXY), minat baharu daripada dana portfolio asing dan keadaan mudah tunai domestik yang kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: FBM KLCIpendapatansuku kedua 2024
Share218ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In