• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Yinson Nyahlabur Perniagaan OSV kepada Icon Offshore Dengan Harga RM160 Juta

in Saham
A A
Unit Icon Offshore Peroleh Kontrak Sedia Pelantar Penggerudian Petrofac Bernilai US$13.3 Juta

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Yinson Holdings Bhd akan melepaskan keseluruhan perniagaan kapal sokongan luar pesisir (OSV) kepada Icon Offshore Bhd dengan harga RM160 juta, yang dilunaskan melalui terbitan 181.82 juta saham baharu dalam Icon pada harga 88 sen setiap satu.

Yinson berkata anak syarikat milik penuhnya, Yinson Offshore Services Sdn Bhd hari ini telah memeterai lembaran terma mengikat dengan Icon bagi menjual keseluruhan 70 peratus kepentingan ekuitinya dan 100 peratus saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus dalam Regulus Offshore Sdn Bhd pada harga RM124 juta, serta saham biasa atau 100 peratus kepentingan dalam Yinson Camellia Sdn Bhd pada harga RM36 juta.

Regulus Offshore memiliki dua kapal pengendalian sauh, bot tunda serta sebuah kapal pembekal pelantar manakala Yinson Camellia memiliki sebuah kapal tunda pengendalian sauh dan kapal pembekal, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Pelupusan ini akan membolehkan Yinson memberi tumpuan kepada segmen perniagaan peralihan tenaga serta perkhidmatan sistem apungan, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO).  Perniagaan OSV adalah perniagaan bukan teras yang menyumbang kurang daripada satu peratus kepada keuntungan dan kunci kira-kira Yinson,” katanya.

Yinson melalui satu kenyataan media menjelaskan pegangan minoriti dan kerusi lembaga pengarahnya di Icon juga akan membenarkannya mengambil bahagian dalam pertumbuhan masa depan Icon.

Ketua Pegawai Eksekutif Strategi Kumpulan, Chai Jia Jun berkata objektif perniagaan kumpulan secara menyeluruh telah memacu nyahlabur ini dan ia memberi isyarat kepada pasaran bahawa beberapa siri inisiatif akan dibuat untuk membuka kunci nilai bagi perniagaannya.

“Regulus Offshore merupakan salah satu perniagaan warisan kami yang menguntungkan dan urus niaga ini menandakan keputusan strategik terbesar kami sejak pelaburan utama terakhir pada 2015.

“Selain itu, kami percaya transaksi ini akan membolehkan Yinson menangani kitaran permintaan yang kukuh dalam pasaran OSV dan memberi fokus kepada perniagaan sedia ada kami,” katanya.

Portfolio Yinson kini akan merangkumi Yinson Production, Yinson Renewables, Yinson GreenTech dan Farosson, dengan pelaksanaan pelupusan dijangka selesai sekitar suku pertama 2025, ini akan memberi kesan positif kepada pendapatan akhir tahun kewangan 2025 Yinson.

Portfolio Yinson kini akan merangkumi Yinson Production , Yinson Renewables, Yinson GreenTech serta Farosson (kumpulan penasihat, pelaburan dan pengurusan aset).

Yinson berkata langkah pelupusan itu dijangka selesai menjelang suku pertama 2025.

— BERNAMA

Untuk makluman: Saham Yinson tidak patuh syariah, manakala saham Icon Offshore adalah patuh syariah berdasarkan kemas kini Mei 2024.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Icon OffshoreNyahlaburYinson Holdings
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In