fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Powerwell Peroleh Pesanan Bernilai RM9.78 Juta Bagi Projek RTS Link

in Catalyst
A A
Powerwell Peroleh Pesanan Bernilai RM9.78 Juta Bagi Projek RTS Link
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Powerwell Holdings Bhd (Powerwell) memperoleh dua pesanan pembelian bernilai RM9.78 juta bagi Pakej 2A Projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura. 

Penyedia penyelesaian elektrik itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pesanan tersebut yang diterima daripada Raiden M&E Sdn Bhd adalah untuk Stesen RTS Link Bukit Chagar termasuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) di Johor Bahru serta Woodlands di Singapura.

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

Menurut Powerwell, pesanan itu adalah pembelian lanjutan bagi Pakej 4 (stesen dan pusat kawalan operasi) dan Pakej 6 (depot dan bekalan elektrik) projek tersebut yang merangkumi pemasangan kritikal di Depot Wadi Hana dan stesen RTS Link Bukit Chagar.

RTS Link, inisiatif infrastruktur penting yang dibangunkan untuk menambah baik hubungan rentas sempadan antara Johor Bahru, Malaysia dan Singapura, sedang berjalan lancar dengan pembinaan setakat ini telah siap lebih daripada 65 peratus di kedua-dua belah pihak.

“Apabila siap kelak, RTS Link akan dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, bagi melancarkan perjalanan ribuan penumpang setiap hari.

“Penyertaan Powerwell dalam projek RTS Link meneguhkan komitmennya untuk menyokong pembangunan infrastruktur utama yang meningkatkan kesalinghubungan serantau dan pertumbuhan ekonomi,” kata Powerwell.

RTS Link yang dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2026, bakal memainkan peranan penting dalam menambah baik dan melancarkan perjalanan penduduk dan barangan antara Malaysia dan Singapura, menjadikannya satu daripada projek infrastruktur rentas sempadan yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara.

— BERNAMA

Tags: ASEANhubunganMalaysiapembelianpesananPowerwell HoldingsRTS LinkSingapura
Share223ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In