• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Lepasi Paras Rintangan 1,680 Ketika Dibuka, Namun Turun Selepas Itu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Barometer Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,680 semasa dibuka pada Isnin namun turun selepas itu apabila pelabur memilih untuk mengambil untung dalam saham wajaran tinggi selepas kenaikan kukuh berterusan minggu lepas.

Pada pukul 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.07 mata kepada 1,678.73 daripada 1,678.80 ketika ditutup Jumaat lepas.

Indeks itu dibuka 1.56 mata lebih tinggi kepada 1,680.36.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Keseluruhan pasaran adalah kukuh, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 256 berbanding 217, manakala 308 kaunter tidak berubah, 1,646 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 264.14 juta unit bernilai RM135.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras 1,680 dicatatkan kali terakhir adalah pada Januari 2019.

“Kami percaya aliran meningkat itu akan berterusan dan menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,680 hingga 1,690 hari ini, dengan paras psikologi 1,700 sebagai sasaran utama dalam tempoh terdekat.

“Pelaporan prestasi kewangan baru-baru ini menunjukkan korporat Malaysia berada dalam keadaan kukuh terutamanya bank, dan kami menjangkakan saham mewah kekal sebagai tonggak bagi bursa tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata pencapaian tertinggi baharu dalam Indeks Dow Jones Wall Street yang didorong oleh indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS terkini yang menepati jangkaan akan turut menyokong sentimen pasaran tempatan.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup lebih tinggi hampir kepada paras 18,000 susulan aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan baru-baru ini, serta petunjuk positif daripada ekonomi AS.

Di pasaran tempatan, CelcomDigi menguncup lapan sen kepada RM3.79, Public Bank turun empat sen kepada RM4.78 dan Press Metal merosot sembilan sen kepada RM4.88.

Sementara itu, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing naik 10 sen kepada RM8.30 dan RM14.74, mengehadkan penurunan FBM KLCI.

Bagi kaunter aktif, Borneo Oil, TWL Holdings, Malayan United Industries dan Luster masing-masing kekal pada satu sen, 2.5 sen, 8.5 sen dan tujuh sen, manakala Notion Vtec naik sembilan sen kepada RM1.04.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.07 mata kepada 12,482.19, Indeks FBMT 100 kurang 3.54 mata kepada 12,184.08 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 2.84 mata kepada 12,283.83.

Indeks FBM 70 menguncup 16.29 mata kepada 17,427.63 namun, Indeks FBM ACE menambah 12.28 mata kepada 5,128.37.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 1.37 mata kepada 7,314.56 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.80 mata kepada 19,714.73.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.03 mata kepada 180.37 dan Indeks Tenaga kurang 5.59 mata kepada 921.11.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaDow JonesFBM KLCIpengambilan untung
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In