• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Perolehan Separuh Pertama Wasco Naik 20.9 Peratus Kepada RM1.35 Bilion

in Catalyst
A A
Perolehan Separuh Pertama Wasco Naik 20.9 Peratus Kepada RM1.35 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Perolehan Wasco Bhd meningkat sebanyak 20.9 peratus dalam separuh pertama 2024 kepada RM1.35 bilion daripada RM1.11 bilion dalam tempoh sama setahun lepas, didorong oleh segmen perkhidmatan tenaga selain perkembangan signifikan dalam projek utamanya.

Keuntungan sebelum cukai melonjak 70.5 peratus kepada RM145.5 juta manakala keuntungan bersih mencecah RM106.4 juta.

“Ini jelas memaparkan tumpuan kumpulan terhadap kecekapan operasi dan pelaksanaannya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wasco Giancarlo Maccagno berkata prestasi pada separuh pertama 2024 itu juga jelas memaparkan keupayaan kumpulan berkenaan dalam memanfaatkan pelbagai saluran perolehan yang merentasi banyak pasaran.

“Pendekatan strategik ini memastikan keupayaan kami serta meletakkan kedudukan bagi kejayaan jangka panjang yang mapan,” katanya.

Maccagno berkata segmen perkhidmatan tenaga juga merupakan pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh nilai kontrak dalam tangan yang kukuh selain pelaksanaan projek yang cekap.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan kecil dalam perolehan dan keuntungan, prestasi perkhidmatan biotenaga Wasco kekal di landasan, dipacu oleh peningkatan permintaan dalam projek dandang biojisim tenaga.

“Menerusi projek baharu yang diraih ini, kami menjangkakan peningkatan ketara prestasi bahagian itu dalam beberapa suku akan datang,” katanya.

Nilai perolehan kontrak kumpulan itu meningkat sebanyak 15 peratus berbanding suku sebelumnya dan mencecah RM3.7 bilion dengan RM3.4 bilion disumbangkan oleh segmen perkhidmatan tenaga.

Selain itu, segmen perkhidmatan biotenaga menyumbang sebanyak RM294.1 juta kepada perolehan kontrak ketika kumpulan terus meneroka peluang pertumbuhan di kawasan khatulistiwa.

Bagi kemajuan masa depan, Maccagno menekankan bahawa tumpuan strategik Wasco adalah untuk memanfaatkan peluang dalam sektor tenaga dan biotenaga.

“Bersandarkan nilai kontrak diraih yang kukuh serta kecemerlangan operasi yang berterusan, kami dalam kedudukan baik untuk mengekalkan pertumbuhan selain memberi nilai kepada pemegang saham ketika mengemudi landskap pasaran yang pesat berkembang,” katanya.

— BERNAMA

(Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut).

Tags: prestasi kewanganseparuh pertama 2024Wasco
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In