• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih TNB Meningkat Kepada RM1.44 Bilion Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM327.9 juta pada suku sama tahun lepas.

Kenaikan ini kebanyakannya disebabkan oleh keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.

Hasil juga meningkat kepada RM14.37 bilion daripada RM13.32 bilion sebelumnya, hasil jualan elektrik lebih tinggi sebanyak 5.7 peratus atau RM745.8 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TNB berkata keuntungan operasinya bagi suku semasa melonjak 19.9 peratus atau RM372.5 juta, kebanyakannya disebabkan margin bahan api negatif lebih rendah pada suku itu berbanding suku yang sama sebelum ini.

Pendapatan sesaham (EPS) asas pada suku kedua meningkat kepada 24.95 sen daripada 5.70 sen pada suku kedua 2023.

Dalam pada itu, TNB telah meluluskan dividen interim satu peringkat sebanyak 25 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berjumlah RM1.45 bilion.

Tarikh penutupan buku dan pembayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2024, keuntungan bersih TNB melonjak kepada RM2.16 bilion daripada RM1.33 bilion dalam tempoh sama pada 2024 manakala hasil meningkat kepada RM28.01 bilion daripada RM25.95 bilion sebelumnya .

Jualan elektrik naik sebanyak 6.8 peratus, memacu pertumbuhan 7.9 dalam hasil TNB.

Pertumbuhan permintaan menokok sebanyak 8.4 peratus, kebanyakannya didorong oleh sektor komersial dan domestik.

“Kedudukan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) turun kepada RM5.17 bilion daripada RM6.49 bilion dalam tempoh semasa disebabkan margin bahan api negatif yang lebih rendah,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Keuntungan operasi meningkat 8.0 peratus kepada RM4.26 bilion daripada RM3.95 bilion dalam tempoh yang sama.

EPS asas pada separuh pertama 2024 menambah kepada 37.32 sen berbanding 23.11 sen pada separuh pertama 2023.

Mengenai prospek, TNB berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4-5 peratus daripada permintaan domestik yang kukuh, justeru kumpulan itu menjangka prestasi yang stabil untuk 2024 dan akan kekal berhati-hati terhadap turun naik pasaran serta mengambil langkah berhemat bagi memastikan ia kekal berdaya tahan.

“Kumpulan itu komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan menambah baik pertumbuhan perniagaan,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: keputusan kewangansuku keduaTNB
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In