• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rugi Bersih Tahun Kewangan 2024 Supermax Naik Kepada RM175.03 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Supermax Merosot Kepada RM5.71 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Kerugian bersih Supermax Corporation Bhd meningkat kepada RM175.03 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 daripada RM140.86 juta setahun lepas.

Hasil merosot dengan ketara kepada RM646.17 juta daripada RM821.09 juta pada tahun kewangan 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Supermax berkata suku keempat mencatatkan kerugian bersih RM127.93 juta daripada keuntungan bersih RM1.41 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Penurunan itu disebabkan oleh beberapa caj sekali sahaja, termasuk kerosakan kilang dan jentera, acuan dan peralatan di kilang lama, yang telah menghentikan pengeluaran semasa suku keempat berjumlah RM27.1 juta.

Selain itu, peruntukan bagi stok bahan pembungkus yang lama dan usang serta inventori sarung tangan yang digred rendah di kilang lama yang berjumlah RM3.3 juta turut menyumbang kepada penurunan.

Hasil bagi suku keempat susut kepada RM179.64 juta berbanding RM222.60 juta kerana pasaran sedang pulih daripada ketidakseimbangan permintaan dan bekalan akibat lebihan bekalan sarung tangan pada masa lepas, katanya.

Pengeluar sarung tangan itu berkata pasaran sarung tangan getah sedang mengalami pemulihan sederhana apabila permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada Mac walaupun keadaan lebihan bekalan semasa, yang dijangka seimbang menjelang 2025.

Ia berkata peningkatan permintaan adalah disebabkan pelanggan menambah semula stok mereka kerana stok yang dibeli ketika pandemik akan tamat tempoh atau telah tamat tempoh.

“Dengan permintaan pada aliran menaik, harga juga dijangka meningkat tetapi masih belum kembali ke paras normal,” katanya.

Supermax berkata tempahan daripada pelanggan semakin meningkat secara beransur-ansur tetapi pada harga pasaran yang rendah untuk kumpulan itu.

Selaras dengan pemulihan yang akan berlaku dalam permintaan, Supermax berkata ia secara beransur-ansur meningkatkan kapasiti pengeluaran, dan meneruskan rancangan untuk membina enam blok pembuatan moden dan lebih cekap yang baharu, dengan barisan pengeluaran dipasang secara beransur-ansur mengambil kira keadaan pasaran semasa.

“Tatkala kumpulan meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan melabur dalam teknologi automasi, yang akan meminimumkan kos dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, Supermax akan terus mengukuhkan kedudukan untuk memanfaatkan pasaran sarung tangan yang kembali rancak pada 2025,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusansarung tangansuku keempatSupermaxtahun kewangan 2024
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In