• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM467.12 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd melonjak kepada RM467.12 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM400.52 juta yang dicatatkan semasa tahun kewangan sebelum ini.

Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil meningkat kepada RM2.72 bilion daripada RM2.34 bilion.

Keuntungan bersih suku keempat tahun kewangan 2024 adalah lebih rendah kepada RM108.68 juta berbanding RM123.28 juta untuk tempoh yang sama pada tahun kewangan 2023 berikutan kemerosotan nilai dan pelunasan serta pembaikan pada saluran paipnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pendapatan lebih tinggi pada RM738 juta bagi suku empat daripada RM503.6 juta sebelum ini.

Syarikat minyak dan gas itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat keempat sebanyak 1.5 sen sesaham untuk tahun kewangan 2024.

Dividen itu akan dibayar menjelang 25 Okt 2024 berdasarkan tarikh kelayakan dividen yang ditetapkan pada 26 Sept 2024.

Kumpulan tersebut melalui satu kenyataan berasingan memberitahu ia telah menjual sejumlah 7.85 juta tong minyak bersamaan (MMboe) minyak , kondensat dan gas, melebihi panduan asal 7.5 hingga 7.8 MMboe, iaitu 10 peratus lebih tinggi berbanding jumlah jualan pada tahun kewangan 2023.

“Kumpulan itu mengeluarkan secara purata 20,144 tong setara minyak (boe) sehari minyak bersih, kondensat dan gas pada suku keempat tahun kewangan 2024,” katanya.

Hibiscus Petroleum berkata cadangan pengambilalihan TotalEnergies EP (Brunei) BV, yang mempunyai 37.5 peratus kepentingan kendalian dalam aset pengeluar gas Brunei, dijangka menambahkan lagi rizab serta pengeluaran kumpulan, masing-masing sebanyak 36 peratus dan 37 peratus.

Katanya lagi, 65 peratus kepentingan kendalian dalam kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Kluster PKNB yang mengandungi empat medan penemuan gas adalah pemberian langsung pertama kumpulan PSC oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kumpulan itu mengumumkan 30 peratus ‘farm-in’ kepada PM327 PSC, salah satu blok penerokaan terbesar di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

“Bersama-sama dengan pembangunan organik projek Teal West serta SF30 Waterflood, kami sedang menghampiri pencapaian bahagian bawah sasaran pengeluaran 2026 kami daripada 35,000 kepada 50,000 boe sehari,” katanya.

Pengarah Urusan Dr Kenneth Pereira berkata memandangkan nisbah penggearan konservatif kumpulan itu mencecah sebanyak 0.12 pada 30 Jun 2024, aktiviti pertumbuhan jangka pendek akan dibiayai melalui penggunaan dana dalaman dan kemudahan hutang sedia ada.

“Kami tidak mencadangkan sebarang ekuiti terbitan,” katanya, sambil menambah kumpulan itu kekal fokus ke arah memacu kecemerlangan operasi dan mengejar peluang pertumbuhan untuk mendapatkan nilai jangka panjang memandang ke hadapan.

— BERNAMA

Tags: Hibiscus PetroleumKeputusan
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In