fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Axiata Kembali Pulih Raih Keuntungan Bersih RM134.90 Juta Pada Suku Kedua 2024

in Catalyst
A A
Unit Axiata Jual Semua Pegangannya Dalam Edotco Myanmar Pada Harga RM713.03 Juta, Keluar Dari Myanmar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Axiata Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatatkan untung bersih sebanyak RM134.90 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, daripada kerugian bersih  RM576.22 juta pada suku yang sama 2023.

Perolehan meningkat kepada RM5.76 bilion daripada RM5.59 bilion sebelumnya, disumbangkan terutamanya daripada syarikat pengendalinya kecuali operasi mudah alih di Sri Lanka dan operasi jalur lebar tetap di Indonesia, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Bagi tempoh separuh pertama 2024, kumpulan itu mencatatkan prestasi kukuh meraih keuntungan bersih sebanyak RM194.93 juta daripada kerugian bersih RM502.36 juta pada tahun lepas, manakala perolehan meningkat kepada RM11.42 bilion daripada RM10.59 bilion.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Dalam satu kenyataan berasingan, Axiata berkata pertumbuhan perolehan setakat ini bagi tahun ini berjumlah 7.8 peratus, disumbang oleh prestasi kukuh daripada semua syarikat pengendali kecuali PT Link Net Tbk dan Dialog Axiata PLC.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 18.7 peratus dan 42.9 peratus, disumbangkan terutamanya daripada PT XL Axiata Tbk, Smart Axiata Company Ltd, Robi Axiata Ltd dan EDOTCO Group Sdn Bhd.

“Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat lebih 100 peratus, diterima daripada EBIT, sumbangan tinggi daripada syarikat bersekutu dan kerugian pertukaran asing yang lebih rendah, namun diimbangi oleh kos kewangan bersih dan cukai yang lebih tinggi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Axiata, Vivek Sood berkata walaupun ketidaktentuan sosiopolitik dan makroekonomi, kumpulan itu kekal fokus untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan margin.

“Kami telah menyelesaikan penggabungan Dialog-Airtel di Sri Lanka dan memulakan perbincangan cadangan penggabungan antara XL Axiata dan Smartfren di Indonesia.

“Langkah ini selaras dengan strategi penyatuan pasaran kami ke arah tiga pengendali syarikat telekomunikasi utama dalam setiap pasaran kami, yang sama ada Axiata meneraju atau menguasai bahagian pasaran yang besar,” katanya.

Vivek berkata walaupun berdepan cabaran persaingan sengit di Indonesia dan ketidakpastian ekoran perkembangan tidak menentu di Bangladesh, kumpulan itu menjangka pertumbuhan pendapatannya dapat memenuhi sasaran setahun penuh manakala pertumbuhan EBIT dijangka mendahului petunjuk prestasi utama. 

“Pada masa depan, kami terus menumpu untuk mempercepat pertumbuhan sambil melaksanakan strategi penciptaan nilai Axiata,” katanya.

Berikutan prestasi yang baik itu, Axiata mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak lima sen sesaham biasa, dengan butiran kelayakan dan pembayaran akan diumumkan tidak lama lagi.

Pada rehat tengah hari, harga saham Axiata meningkat satu sen kepada RM2.45 sesaham dengan 3.04 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: AxiataKeputusansuku kedua 2024syarikat pengendaliuntung
Share207ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In