KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Time Dotcom Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, susut kepada RM99.05 juta daripada RM2.26 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya berikutan penamatan operasi perniagaan Pusat Data AIMS.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan telekomunikasi itu berkata ketiadaan keuntungan daripada operasi ditamatkan itu dimasukkan dalam suku kedua 2024 memandangkan transaksi berkenaan selesai pada 20 April, 2023.
Perolehan hasilnya meningkat 7.5 peratus kepada RM418.49 juta daripada RM389.20 juta sebelum ini berikutan pertumbuhan ketara disumbangkan oleh peruncitan dan diikuti oleh langganan borong dan perusahaan.
Bagi separuh pertama 2024, Time Dotcom mencatat keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM209.72 juta daripada RM2.38 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas manakala hasil menokok sebanyak 10.4 peratus kepada RM836.25 juta berbanding RM757.62 juta sebelum ini.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut mengumumkan dividen pengecualian cukai interim satu peringkat khas sebanyak 18.93 sen bagi sesaham biasa dengan pembayaran berjumlah kira-kira RM350 juta.
Tarikh pembayaran ditetapkan pada 25 Sept, 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Afzal Abdul Rahim berkata tumpuan kumpulan itu kekal pada usaha mengembangkan liputan untuk mencapai dan memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
“Kami akan terus memantau pasaran bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah,” katanya.
Pada masa sama, kumpulan kekal komited untuk mengembangkan lagi kedudukannya selain melabur dalam rangkaiannya.
Selain itu, kumpulan berkenaan akan terus mengoptimumkan operasi selain meningkatkan pendekatan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan peneraju pasaran merentasi segmen pelanggan selain mengukuhkan komitmen kemampanan.
— BERNAMA
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan





