EPB Manfaat IR 4.0 Bangunkan Lebih Banyak Teknologi Selepas Penyenaraian
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Penyedia penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan, EPB Group Bhd (EPB) berazam untuk memanfaatkan inisiatif Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 dengan membangunkan lebih banyak teknologi bagi meningkatkan keupayaan mesin dan peralatannya susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
Pengarah Urusan Yeoh Chee Min berkata syarikat itu sedang meneroka teknologi automasi dan robotik baharu untuk sistem makanan sejuk bekunya, selain aplikasi baharu dalam sistem automasinya.
“Kami akan teruskan pembinaan kilang di Pulau Pinang. Kilang baharu itu akan membolehkan kami terus berkembang bersama pembekal baharu serta peralatan serta jentera yang lebih inovatif,” katanya semasa sidang media maya hari ini.
Yeoh berkata EPB turut meneroka pasaran baharu termasuk Afrika dan juga menjalankan perniagaan di negara Eropah seperti Itali selepas bertapak kukuh di Indonesia dan Filipina.
“Sementara kami merancang untuk meneroka pasaran tambahan, tumpuan semasa kami kekal pada Indonesia dan Filipina, kerana pasukan kami sudah mantap di sana,” katanya.
Kaunter EPB dibuka pada 65.5 sen hari ini — premium 9.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya sebanyak 56 sen, dengan 8.47 juta saham didagangkan.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)