• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Positif Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih meningkat, didorong oleh sentimen positif susulan keuntungan semalaman yang diraih Wall Street.

Pada 9.10 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.33 mata kepada 1,636.65 daripada 1,635.32 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka menokok 5.01 mata pada 1,640.33.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 202 berbanding 184 dengan 238 kaunter kekal tidak berubah, 1,873 tidak didagangkan dan lapan digantung dagangannya.

Jumlah dagangan mencecah 340.10 juta unit bernilai RM178.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatat peningkatan selepas peniaga yakin penurunan kadar faedah utama Amerika Syarikat (AS) pada bulan depan susulan pengumuman minit mesyuarat  Rizab Persekutuan AS (Fed) sebelum ini.

“Dow Jones naik 55 mata manakala Nasdaq meraih 102 mata manakala hasil kertas Perbendaharaan 10 tahun AS berkurangan kepada 3.79 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, beliau berkata FBM KLCI berkemungkinan mengekalkan aliran susut berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan susulan kenaikan ketara pada Isnin.

“Namun, indeks ditutup melangkaui paras penting 1,630 dan jika paras ini dapat ditembusi, kita mungkin menyaksikan satu lagi fasa konsolidasi.

“Oleh itu, adalah penting bagi aktiviti pembelian ini berterusan bagi mengelak sebarang penurunan. Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,630-1,640 pada hari ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun 2.0 sen kepada RM10.50, CIMB Group dan Public Bank masing-masing susut 5.0 sen kepada RM7.84 dan RM4.58, Tenaga Nasional berkurangan 2.0 sen kepada RM13.88 dan IHH Healthcare menguncup 1.0 sen kepada RM6.31.

Bagi saham aktif, Eldridge Energy meningkat 6.0 sen kepada 35 sen, YTL Power menambah 26.0 sen kepada RM4.01 dan Velocity Capital meraih setengah sen kepada 6.5 sen manakala Mikro MSC turun 4.5 sen kepada 28.5 sen dan Cape EMS susut setengah sen kepada 42 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 11.95 mata kepada 12,420.74, Indeks FBMT 100 meningkat 11.33 mata kepada 12,076.88, Indeks FBM 70 meraih 22.58 mata kepada 18,018.81 manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 18.93 mata kepada 12,367.80 dan Indeks FBM ACE susut 20.71 mata kepada 5,315.57.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 25.29 mata kepada 7,135.00 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 83.30 mata kepada 19,094.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 182.23 dan Indeks Tenaga berkurangan 3.00 mata kepada 932.72.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Tradesesi awal
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In