• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM276.39 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Petronas Dagangan Pelbagaikan Portfolio Usaha Kesinambungan Perniagaan Masa Depan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd meningkat sedikit kepada RM276.39 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM275.71 juta tahun lepas, disumbangkan oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi untuk semua segmen yang mengimbangi peningkatan dalam perbelanjaan mengurus.

Hasil meningkat 10 peratus tahun ke tahun kepada RM9.84 bilion daripada RM8.91 bilion sebelumnya, didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan harga jualan purata 5.0 peratus.

“Perolehan hasil bagi segmen runcit meningkat sebanyak RM623.3 juta, atau 14 peratus, terutamanya disumbangkan oleh jumlah jualan yang lebih tinggi sebanyak 12 peratus sejajar dengan peningkatan permintaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Segmen komersial mencatatkan peningkatan dalam hasil sebanyak RM288.0 juta, atau 7.0 peratus, dan segmen serbaneka mencatatkan peningkatan sebanyak RM14.1 juta, atau 24 peratus,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Peruncit bahan api itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 20 sen sesaham untuk suku kedua, berjumlah RM198.69 juta, yang akan dibayar pada 18 Sept 2024.

Sementara itu, keuntungan bersih Petronas Dagangan bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, susut kepada RM502.43 juta daripada RM577.55 juta, tetapi hasil meningkat 10 peratus kepada RM19.23 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebanyak RM17.56 bilion.

Pertumbuhan ini didorong oleh harga jualan purata yang lebih tinggi, sejajar dengan harga minyak mentah Brent yang ditutup pada US$84.97 setong pada suku kedua, peningkatan 8.8 peratus daripada suku kedua 2023.

Mengenai prospeknya, Petronas Dagangan berkata ia menjangka dapat mengekalkan prestasinya dalam kedua-dua segmen runcit dan komersial, disokong oleh ekonomi domestik yang diunjurkan berkembang sebanyak empat hingga lima peratus.

“Fokus sekarang adalah untuk mengukuhkan perniagaan runcit dengan memperoleh pelanggan baharu dan meneroka peluang baharu dengan rakan kongsi strategik. Sasaran segmen komersial pula ialah dengan memanfaatkan pemulihan sektor penerbangan dan sektor margin nilai tinggi yang lain dengan kelebihan harga yang kompetitif,” katanya.

Ia berkata segmen serbaneka  berada di landasan untuk terus mengembangkan perniagaan bukan bahan api kumpulan itu. 

— BERNAMA 

Tags: Keputusankeuntungan bersihPetronas Dagangansuku kedua 2024
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In