• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis Catat Untung Bersih Suku Kedua RM356 Juta, Isytihar Dividen 4 Sen

in Catalyst
A A
Maxis Sasar Pelaburan RM813 Juta Bagi Tingkatkan Kapasiti Rangkaian Mudah Alih
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Maxis Bhd (Maxis) meningkat 7.9 peratus kepada RM356.0 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 daripada RM330.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas berikutan hasil yang bertambah baik.

Syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatannya melonjak kepada RM2.59 bilion pada suku kedua 2024 daripada RM2.47 bilion sebelumnya, disumbangkan oleh pertumbuhan 3.7 peratus hasil perkhidmatan pengguna dan pertumbuhan 10.8 peratus dalam perniagaan perusahaan.

Peningkatan hasil itu membawa kepada kenaikan 4.4 peratus pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada suku kedua 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, yang diterjemahkan kepada keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku tahun tersebut. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagaimanapun, Maxis berkata perbelanjaan operasi, penyelenggaraan dan pemasaran yang lebih tinggi telah menyebabkan margin EBITDA turun sedikit sebanyak 0.2 peratus.

“Maxis melaksanakan pelaburan perbelanjaan modal yang berhemat pada suku kedua 2024, dengan pelaburan tertumpu kepada pemodenan rangkaian, kapasiti rangkaian, pelancaran rangkaian gentian dan pendigitalan teknologi maklumat,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2024, Maxis berkata untung bersihnya meningkat kepada RM709.0 juta daripada RM650.0 juta setahun sebelumnya, manakala hasil naik kepada RM5.19 bilion daripada RM5.0 bilion sebelumnya.

Pada masa hadapan, Maxis berkata ia kekal dengan strateginya untuk mengembangkan perniagaan mudah alih, gentian dan perusahaannya, serta menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan mengenai model dwi rangkaian 5G.

Syarikat itu juga mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak empat sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, yang perlu dibayar pada 23 Sept, 2024, dengan tarikh kelayakan pada 5 Sept 2024.

–BERNAMA

 

Tags: 5Glaporan kewanganMaxissuku kedua 2024
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In