fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka mendatar pada Selasa dalam persekitaran prestasi pasaran serantau bercampur-campur walaupun prestasi positif semalaman di Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.55 mata kepada 1,649.25 berbanding 1,648.70 ketika ditutup semalam.

Indeks baramoter dibuka meningkat 0.86 mata kepada 1,649.56  

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 268 berbanding 142, manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,775 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 277.58 juta unit bernilai RM179.14 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Bursa Malaysia yang kukuh semalam agak mengejutkan dan turut dirangsang oleh kemasukan dana asing dengan melepas paras 1,630.

“FBM KLCI melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu sebelum meningkat dan mencapai paras di bawah 1,650.

“Walaupun volum harian kekal di bawah jangkaan, kami percaya penyertaan runcit akan muncul tidak lama lagi, disokong oleh kecairan pasaran yang bertambah baik,” katanya kepada Bernama.

Thong menjangkakan aliran menaik akan berterusan dengan indeks dijangka berlegar dalam julat 1,650-1,660 hari ini.

Di Amerika Syarikat, Thong berkata Wall Street juga meneruskan aliran menaiknya kerana sentimen kekal positif disebabkan jualan runcit yang kukuh dan tuntutan pengangguran lebih rendah.

“Akibatnya, Indeks Perindustrian Dow Jones naik 237 mata manakala Nasdaq menambah 245 mata dengan hasil 10 tahun AS susut kepada 3.875 peratus,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional melonjak 8.0 sen kepada RM13.98, IHH Healthcare menokok 3.0 sen kepada RM6.30, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.55, CIMB Group tidak berubah pada RM7.97 manakala Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.58.

Antara kaunter paling aktif, TWL Holdings menokok 0.5 sen kepada 3.0 sen, Pestech International menambah 0.5 sen kepada 21.5 sen dan Top Glove naik 1.0 sen kepada RM1.00, Velocity Capital tidak berubah pada 6.5 sen dan Perdana Petroleum jatuh 2.0 sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.40 mata kepada 12,500.23, Indeks FBMT 100 menambah 20.45 mata kepada 12,148.82, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 28.38 mata kepada 12,442.85, Indeks FBM 70 menokok 91.02 mata kepada 18,048.23 dan Indeks FBM ACE naik 15.14 mata kepada 5,416.29. 

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 0.30 mata kepada 184.21, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 3.86 mata kepada 19,103.68,  Indeks Tenaga jatuh 0.86 mata kepada 948.59 dan Indeks Perladangan susut 11.01 mata kepada 7,143.57.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In