fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih CelcomDigi RM406.02 Juta Pada Suku Kedua, Umum Dividen 3.5 Sen

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga CelcomDigi Melonjak Kepada RM455.72 Juta, Umum Dividen 3.3 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Untung bersih CelcomDigi Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 meningkat kepada RM406.02 juta daripada RM343.51 juta ketika suku yang sama tahun kewangan 2023, didorong pertumbuhan perolehan perkhidmatan serta realisasi sinergi dan manfaat penggabungan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat telekomunikasi itu menjelaskan bagaimanapun, perolehan berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.

Perolehan daripada perkhidmatan meningkat sebanyak RM7 juta atau 0.3 peratus berbanding suku sebelumnya, disumbangkan oleh pascabayar dan Home & Fiber yang dipacu oleh penggunaan perayauan yang lebih tinggi dan pembelian oleh pelanggan baharu yang kukuh.

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

Prestasi itu juga didorong perolehan SMS pukal yang meningkat dan tawaran penyelesaian baharu pada suku kedua 2024, tambahnya.

Sebaliknya, perolehan daripada prabayar susut disebabkan jumlah pelanggan berkurang daripada pemerolehan sim sekali sahaja yang lebih rendah.

Bagi enam bulan terkumpul, untung bersih meningkat kepada RM782.48 juta daripada RM661.44 juta yang dicatatkan tempoh sama semasa tahun kewangan 2023.

Perolehan pula susut 0.4 peratus kepada RM6.28 bilion daripada RM6.30 bilion terutama ekoran tekanan daripada segmen mudah alih teras.

CelcomDigi mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 3.5 sen sesaham, berjumlah RM411 juta, boleh bayar pada 30 Sept, 2024.

Pihaknya juga telah melepasi separuh daripada usaha dalam program penyepaduan dan pemodenan rangkaian di seluruh Malaysia, lebih awal daripada jadual dalam inisiatif transformasi tiga tahun selepas penggabungan, menurutnya.

Syarikat itu memaklumkan transformasi teknologi maklumat (IT) juga dilaksanakan sepenuhnya, untuk memacu transformasi perniagaan, kecemerlangan operasi dan pelanggan dengan membolehkan pengalaman digital yang lebih baik untuk semua.

Sementara itu, CelcomDigi telah mengemukakan cadangan untuk membina rangkaian 5G kedua Malaysia, di samping terus memacu penggunaan 5G dan pendigitalan dalam kalangan perusahaan dan pengguna Malaysia.

“Kami mengekalkan sasaran bagi pertumbuhan perolehan daripada perkhidmatan dengan peningkatan satu digit yang kecil. Pertumbuhan ini membuktikan kejayaan awal inisiatif kami, meletakkan syarikat untuk pertumbuhan perolehan yang lebih kukuh pada separuh kedua 2024.

“Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) dijangka turun sebanyak satu digit berikutan pelarasan organisasi, mengakibatkan kos sekali sahaja sebanyak RM140 juta. Kami secara proaktif berusaha untuk mengurangkan kesan kos ini,” jelasnya.

Dalam satu kenyataan berasingan, CelcomDigi memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan penyepaduan dan pemodenan rangkaian di Pulau Pinang dan melepasi separuh untuk seluruh negara, lebih awal daripada jadual dalam membangunkan rangkaian digital terkemuka Malaysia.

Dalam tempoh setahun, lebih 50 peratus telah dicapai daripada langkah naik taraf yang disasarkan di seluruh negara dan lebih 8,500 tapak dimodenkan setakat akhir Julai 2024, yang dijangka dilaksanakan menerusi langkah tiga tahun itu.

Ini membuktikan keupayaan CelcomDigi melaksanakan projek infrastruktur rangkaian mudah alih dengan pantas dan mencapai skala, tambahnya.

Pada kadar ini, CelcomDigi ditetapkan untuk menyelesaikan 75 peratus daripada usaha naik taraf rangkaian menjelang akhir 2024, meletakkan syarikat itu di kedudukan utama untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia, jelasnya.

CelcomDigi menjelaskan pada suku tersebut, pihaknya telah melabur RM518 juta menerusi perbelanjaan modal untuk melaksanakan inisiatif penyepaduan rangkaian dan IT.

— BERNAMA

Tags: 5GCelcomDigiEBITperolehan daripada perkhidmatansuku kedua
Share204ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

14 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

20 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In