• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, disokong oleh data ekonomi yang menggalakkan daripada Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.09 mata kepada 1,626.99 daripada 1,623.90 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 1.24 mata kepada 1,625.14.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 234 berbanding 181, dengan 280 kaunter tidak berubah, 1,800 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 235.02 juta unit bernilai RM124.73 juta.

Pada Jumaat lepas, Bank Negara Malaysia melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024, melebihi unjuran awal sebelum ini sebanyak 5.8 peratus.

Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan isi rumah yang baik, aktiviti pelaburan yang giat dan peningkatan ketara dalam ketibaan pelancong.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengukuhan ringgit turut memainkan peranan penting dalam menarik aliran masuk dana asing.

“Saya menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,620 hingga 1,635 hari ini.

“Ia penting untuk indeks melepasi paras 1,630 bagi meneruskan aliran meningkat pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, katanya Wall Street terus mencatatkan peningkatan semula didorong oleh jualan runcit AS yang lebih kukuh dan penurunan dalam tuntutan pengangguran mingguan.

“Kesemua tiga indeks utama ditutup dengan positif pada Jumaat lepas, dengan Dow Jones naik 97 mata dan Nasdaq meningkat 37 mata.

“Dengan penurunan kadar faedah dijangka pada September, hasil 10 tahun AS susut kepada 3.88 peratus,” katanya.

Dalam negara, saham wajaran tinggi CIMB Group meningkat 12.0 sen kepada RM7.78, Tenaga Nasional naik 4.0 sen kepada RM13.90 serta Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah pada RM4.29 dan RM6.30 manakala Maybank merosot 4.0 sen kepada RM10.22.

Dalam kalangan saham aktif, Top Glove naik 2.5 sen kepada 97.5 sen, My E.G. Services meningkat 3.5 sen kepada 95.0 sen, Euro Holdings menambah 1.0 sen kepada 9.0 sen dan MUI Properties menokok 3.5 sen kepada 41.5 sen manakala TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 29.83 mata kepada 12,364.96, Indeks FBMT 100 naik 29.76 mata kepada 12,005.85, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 34.99 mata kepada 12,437.03, Indeks FBM 70 menokok 69.95 mata kepada 17,913.60 dan Indeks FBM ACE menambah 34.93 mata kepada 5,433.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 40.26 mata kepada 18,459.98, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.26 mata kepada 184.05 dan Indeks Tenaga menambah 0.86 mata kepada 952.96 manakala Indeks Perladangan merosot 4.31 mata kepada 7,179.69.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In