• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Sik Cheong Catat Premium 85.2 Peratus Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
Sik Cheong Catat Premium 85.2 Peratus Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

[KEMAS KINI] KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Pembekal produk olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), Sik Cheong Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, ditutup pada 36 sen, bagi premium sembilan sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen.

Pada pukul 5 petang, Sik Cheong juga muncul sebagai salah satu daripada tiga saham teratas yang paling aktif didagangkan dengan jumlah dagangan sebanyak 128.75 juta.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Terdahulu, pada 9 pagi, saham Sik Cheong dibuka pada 50 sen mewakili premium 85.2 peratus berbanding harga IPO. 

Pengarah Urusannya, Wong Hing Ngiap berkata syarikat itu telah mengumpul sejumlah RM17.8 juta menerusi IPO itu.

Daripada jumlah ini, sejumlah RM7.2 juta atau 40.3 peratus diperuntukkan untuk pengembangan kemudahan pembungkusan termasuk pembinaan semula kilang serta pembelian mesin dan peralatan baharu.

Selain itu, RM0.9 juta (5.0 peratus) diperuntukkan untuk pembelian trak penghantaran baharu.

Kumpulan itu juga memperuntukkan RM6.0 juta (33.4 peratus) untuk modal kerja dengan baki RM3.8 juta (21.3 peratus) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

“Dengan modal baharu yang diperoleh, kami kini bersedia untuk memulakan fasa pengembangan kami yang seterusnya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu.

Ditanya sama ada kenaikan ringgit baru-baru ini memberi kesan kepada keupayaan syarikat untuk mengurangkan kos bahan mentah, Wong berkata ia tidak menjejaskan kos operasi syarikat, mungkin kerana kenaikan itu masih baru lagi.

Sementara itu, mengenai jangkaan pelonggaran harga minyak sawit mentah (MSM) pada suku ketiga dan bagaimana kos operasi yang tinggi mungkin memberi kesan kepada keuntungan kumpulan dan margin keuntungan pada masa depan, strategi utama ialah menguruskan kadar pusing ganti, katanya.

“Kami mengekalkan kadar perolehan yang sangat singkat. Kos diimbangi dengan cepat oleh jualan kepada pelanggan, ia membantu kami menguruskan ketidaktentuan harga MSM.

“Selain itu, jika kos meningkat, kami boleh mengenakan kenaikan ini kepada pelanggan dengan kerap menyemak harga jualan kami,” katanya.

Kadar perolehan saham semasa syarikat itu adalah antara lima hingga tujuh hari.

Sik Cheong menawarkan jenama minyak masak seperti Sawit Emas, Vitamas dan minyak lampu di bawah jenama Pingat Emas.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiaminyak sawitpasaran ACESik Cheong
Share230ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In