• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang diterajui oleh kaunter utiliti, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,601.26 daripada 1,596.05 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 2.48 mata kepada 1,598.53.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 264 berbanding 108, dengan 239 kaunter tidak berubah, 1,831 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 141.79 juta unit bernilai RM67.02 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun FBM KLCI ditutup positif pada Jumaat lepas, indeks petunjuk pasaran berada di bawah paras psikologi pada 1,600 berikutan aktiviti pengambilan untung.

“Kami percaya aliran berita positif baru-baru ini terutamanya daripada Infineon dan pelaburan tambahan sebanyak RM30 bilion di Kulim akan menambah keyakinan terhadap sektor teknologi negara.

“Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,610,” katanya. 

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat semikonduktor global Infineon Technologies AG (Infineon) akan memperuntukkan pelaburan tambahan sebanyak RM30.1 bilion untuk membiayai Fasa 2 pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200-milimeter terbesar dunia di Kulim, Kedah.

Di Bursa Malaysia, dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corporation, YTL Power International dan Sunway, masing-masing meningkat 6.0 sen kepada RM3.30, RM4.41 dan RM4.12.

Tenaga menambah 8.0 sen kepada RM14.02 manakala CIMB dan IHH Healthcare, masing-masing naik 4.0 sen kepada RM7.34 dan RM6.26.

Kaunter aktif turut menyaksikan aliran meningkat apabila Cape EMS naik 1.5 sen kepada 53.5 sen, Techna-X menambah 1.0 sen kepada 18 sen manakala OCR, Ekovest dan Hubline, masing-masing meningkat setengah sen kepada 7.0 sen, 41 sen dan 9.0 sen. 

Bintai Kinden merosot setengah sen kepada 11.5 sen. 

Kaunter paling untung menyaksikan Allianz naik 50 sen kepada RM20.90, MSM menambah 14 sen kepada RM1.79, Notion Vtech meningkat 11 sen kepada RM1.81 dan Aurelius Technologies menokok 10 sen kepada RM3.43.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 44.45 mata kepada 12,219.62, Indeks FBMT 100 meningkat 41.09 mata kepada 11,848.68, Indeks FBM 70 menambah 70.81 mata kepada 17,779.80, Indeks FBM ACE menokok 33.34 mata kepada 5,411.00 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 42.16 mata kepada 12,370.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 53.00 mata kepada 18,106.83, Indeks Tenaga naik 3.93 mata kepada 925.57, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.63 mata kepada 181.92, Indeks Perladangan menokok 0.57 mata kepada 7,074.49 dan Indeks Teknologi naik 0.37 mata kepada 71.52.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In