fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Highlight Saham Untuk Bulan Ogos 2024

in Fundamental Analisis, Saham
A A
Highlight Saham Untuk Bulan Ogos 2024
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Jom kaji saham sempena bulan kemerdekaan tahun ini”

Awal bulan Ogos 2024 ini kita menyaksikan indeks saham FBMKLCI jatuh tergolek merisaukan para pelabur. Kejatuhan ini disebabkan keadaan pasaran Amerika Syarikat yang juga dilihat membuat kejatuhan teruk lebih-lebih lagi untuk sektor teknologi di sana. 

Di samping dengan keadaan geopolitik di timur tengah yang semakin tegang, data pekerjaan di Amerika syarikat juga melaporkan data yang merisaukan kepada para pelabur. Dengan kadar pengangguran di Amerika syarikat yang semakin meningkat, pelabur risau kemelesetan ekonomi bakal berlaku. 

Untuk artikel kali ini, jom kita lihat dua saham syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai fundamental yang baik.

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

Farm Fresh Berhad

Jenama yang tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia dengan produk susu yang digemari oleh masyarakat Malaysia umumnya. 

Dari segi pendapatan, margin keuntungan syarikat ini dilihat semakin besar dari suku tahun ke suku tahun berikutnya.

Trend pendapatan dan margin keuntungan menaik dan dilihat sangat menyakinkan. Cumanya aliran tunai syarikat sedikit merisaukan.

Dari segi aliran tunai syarikat, kita dapat lihat bahawa banyak aliran tunai keluar untuk tujuan pelaburan dan ini menyebabkan tunai bersih syarikat merosot berbanding suku tahun sebelumnya. Namun, jika aliran tunai operasi syarikat masih positif, kesihatan kewangan syarikat masih stabil. 

Sumber: Bursa Marketplace

Daripada sumber Bursa Marketplace pula, terdapat 1 saran belian yang kuat, 7 penganalisis memberikan saranan belian, 3 penganalisis berikan saranan kekalkan pegangan dan hanya satu sahaja berikan saranan jualan. 

Dari segi teknikal pula, saham ini sedang berada di fasa uptrend yang sihat. Mampukah saham ini meneruskan kenaikan dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini? 

Oriental Food Industries Holdings Berhad

Jenama dan produk syarikat ini mungkin selalu kita gunakan tetapi jenama syarikat ini mungkin sedikit asing kepada masyarakat Malaysia. 

Oriental Food Industries Holdings Berhad (OFI) merupakan syarikat yang membekalkan makanan ringan dengan jenama yang pelbagai. Antara jenama yang popular adalah seperti Super Ring, Rota, Kek Fudo dan biskut Zees. 

Dari segi pendapatan suku tahunan dan tahunan, syarikat ini merekodkan keuntungan yang sangat baik. Peningkatan keuntungan bersih dan mergin keuntungan syarikat sangat menyakinkan. 

Untuk aliran tunai syarikat ini pulak, sangat luar biasa hebatnya. Tunai bersih syarikat sangat tinggi dan aliran tunai positif daripada operasi sangat mengagumkan. 

Sumber: Bursa Marketplace

Sayangnya, tidak banyak penganalisis memberi perhatian terhadap saham syarikat ini dan tiada ‘liputan’ daripada mereka untuk saham ini. 

Dari segi analisia teknikal, saham ini sedang berada di fasa pengagihan dan harga terkini berada di paras sokongan. Di fasa ini, ada dua kemungkinan akan berlaku. Saham ini sambung fasa kenaikan selepas beberapa bulan atau membuat fasa kejatuhan. Anda rasa macam mana? 

Kesimpulan

Nak melabur saham pastikan anda kaji fundamental syarikat. Beli saham percaya kepada potensi syarikat, bukan perjudikan nasib dengan kebarangkalian ianya terjadi. Jika begitu, apa beza anda dengan pedagang Forex? 

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Analisis FundamentalBursa MalaysiaFBM KLCIuptrend
Share580ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Unit Uzma Peroleh Kontrak RM40 Juta Daripada Sarawak Shell
Saham

Unit Uzma Raih Kontrak Di perairan Malaysia Timur Daripada Petronas Carigali

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In