• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Malaysia Kumpul US$450 Juta Dana IPO, Tertinggi Bagi Bursa Asia Tenggara

in Market Update
A A
30 Minit Pertama Carta IPO Terbitan Januari 2024
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Pasaran modal tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului bursa Asia Tenggara dari segi jumlah dana IPO dikumpul dalam separuh pertama 2024 yang mencecah US$450 juta (US$1 = RM4.49), kata Deloitte.

Dana IPO dikumpul di Malaysia juga menyumbang 33 peratus daripada hasil US$1.4 bilion yang diraih dalam tempoh di bawah kajian itu.

Dalam laporan Tinjauan IPO Pertengahan Tahun Asia Tenggara 2024, Deloitte berkata ini seterusnya diikuti oleh Thailand yang mengumpulkan US$427 juta, Indonesia (US$248 juta), Filipina (US$194 juta), Vietnam (US$37 juta) dan Singapura (US$20 juta).

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Selain itu, pasaran modal Asia Tenggara mencatat penurunan IPO baharu iaitu hanya 67 IPO pada enam bulan pertama 2024 berbanding 85 pada tempoh sama 2023.

Deloitte berkata Indonesia menyaksikan IPO baharu terbanyak iaitu 25 dan diikuti Malaysia (21 IPO), Thailand (17 IPO), Filipina (dua IPO) manakala Vietnam dan Singapura masing-masing satu IPO.

Dalam kenyataan berasingan, Rakan Khidmat Nasihat Transaksi Deloitte Malaysia Wong Kar Choon berkata sejak 2018, bilangan penyenaraian baharu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities juga telah melangkaui Pasaran Utama.

“Kami melihat kebanyakan penyenaraian baharu di Pasaran ACE meraih untung dari segi harga saham selepas penyenaraian.

“Apa yang menggalakkan, separuh daripada syarikat ini turut mencatat kenaikan dua digit dalam harga saham masing-masing seminggu selepas IPO.

“Ini menunjukkan penilaian IPO yang munasabah dan disokong lagi oleh mudah tunai pasaran yang mencukupi,” katanya.

Wong juga optimis Malaysia akan terus mempunyai jenama diyakini dalam landskap IPO.

Pada separuh pertama 2024, pasaran saham tempatan menyaksikan kejayaan pakar penjagaan kesuburan Alpha IVF Group Bhd mengumpul kira-kira US$94 juta.

“Empat IPO Malaysia juga dalam kelompok 10 IPO teratas di Asia Tenggara dalam separuh pertama 2024.

“Keadaan ini jelas menunjukkan landskap ekonomi Malaysia yang positif dengan banyak syarikat dijangka memanfaatkan kehadiran pasaran yang kukuh untuk meninjau peluang dalam pasaran modal IPO,” katanya.

Beliau berkata landskap IPO untuk Malaysia bagi tempoh berbaki 2024 kekal positif dan sasaran Bursa Malaysia merangkumi 42 penyenaraian kekal optimistik.

Dalam pada itu, Deloitte berkata berdasarkan prestasi sebelum ini, separuh kedua setiap tahun di Asia Tenggara sentiasa menjadi tempoh dengan catatan lebih baik bagi 2020 hingga 2022.

“Namun, aliran penurunan separuh pertama 2023 hingga separuh pertama 2024 menunjukkan sentimen pasaran IPO lebih lemah dengan pelabur dan syarikat IPO terus mengharungi faktor makroekonomi seperti iklim geopolitik global, persekitaran kadar faedah tinggi dan kekurangan mudah tunai,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Asia TenggaraDeloitteIPOpasaran modal
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In