• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keyfield Peroleh Kontrak AHTS Daripada Carigali-PTTEPI

in Catalyst
A A
Untung Bersih Keyfield Bagi TK2023 Naik Kepada RM105.47 Juta Menjelang Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd (KOSB) meraih kontrak daripada Carigali-PTTEPI Sdn Bhd (CPOC) untuk penyediaan kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Keyfield berkata AHTS berkenaan bertujuan menyokong aktiviti luar pesisir CPOC.

Katanya kontrak itu akan bermula bulan depan untuk tempoh sewa kapal selama dua tahun, dengan pilihan tempoh lanjutan selama setahun.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak bagi tempoh sewa kapal utama itu bernilai kira-kira US$10 juta, manakala tempoh lanjutan bernilai kira-kira US$5 juta (US$1=RM4.47).

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Keyfield Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, 2025 dan 2026.

Dalam makluman berasingan, syarikat turut mengumumkan KOSB memeterai memorandum perjanjian dengan Fun Success Ltd bagi pembelian AHTS terpakai, MV Aulia bernilai US$7.8 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Darren Kee berkata, penyertaan Aulia dalam kumpulan kapalnya adalah seiring dengan rancangan pengembangan syarikat.

“Ia boleh digunakan terus dalam operasi penyewaan kapal kami sebagai kapal kumpulan, sekali gus membolehkan kami meraih margin keuntungan kasar yang lebih tinggi berbanding semasa berfungsi sebagai kapal pihak ketiga.

“Penyertaan Aulia dalam kumpulan kapal ini akan membolehkan kami memenuhi permintaan terhadap AHTS yang semakin meningkat,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AHTSCarigali-PTTEPIDarren KeeKeyfield
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In