• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa walaupun indeks barometer dibuka tinggi pada awal dagangan susulan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.60 mata atau 0.03 peratus kepada 1,535.88 daripada 1,536.48 ketika ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi 5.66 mata kepada 1,542.14.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 439 berbanding 314 dengan 315 kaunter tidak berubah, 1,337 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 516.03 juta unit bernilai RM378.70 juta.

Peniaga menyatakan bahawa penjualan semakin rancak apabila peniaga menggunakan pendekatan ‘jual dahulu, fikir kemudian’ dalam persekitaran kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) jatuh 1,034 mata manakala Nasdaq turun 576 mata, hasil 10 tahun AS jatuh kepada 3.778 peratus, menunjukkan paras terendah dalam tempoh 52 minggu.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata penjualan itu adalah keterlaluan kerana penilaian pasaran tidak seperti di Wall Street.

“Sejak dua hari lalu, nisbah harga kepada pendapatan pasaran menurun daripada 15.4 kali kepada 14.6 kali, memberikan peluang terbaik untuk pengumpulan nilai,” katanya kepada Bernama.

Thong menjangkakan jualan hari ini tidak begitu tinggi kerana niaga hadapan Wall Street naik semula ketika berita ini ditulis, indeks dijangka berlegar dalam julat 1,500-1,550.

Semalam, pasaran global mengalami ‘Black Monday’ (kejatuhan pasaran saham dunia) apabila pasaran saham Jepun mencatatkan kejatuhan paling teruk sejak 1987, mencetuskan kebimbangan terhadap kegawatan global.

Pemangkin itu adalah kebimbangan terhadap kemelesetan AS berikutan laporan pekerjaan pada Julai yang lemah, menyaksikan kadar pengangguran meningkat kepada 4.3 peratus, paras tertinggi sejak Oktober 2021.

Sementara itu, senarai gaji bukan ladang AS meningkat hanya 114,000 bulan lepas, di bawah 179,000 yang disemak turun pada Jun dan unjuran Dow Jones sebanyak 185,000.

Indeks Nikkei Jepun memperoleh semula momentum, meningkat 3,336.78 mata, atau 10.61 peratus, kepada 34,795.20 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 4.50 peratus kepada 2,551.50, dan Indeks STI Singapura mengukuh 0.75 peratus kepada 3,268.06.

Sebaliknya, Indeks Komposit BEI Indonesia merosot sebanyak 50.86 peratus kepada 7,059.65.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan lima sen kepada RM9.85, Public Bank jatuh tiga sen kepada RM4.10, CIMB merosot 13 sen kepada RM6.88, IHH Healthcare menguncup empat sen kepada RM6.03, manakala Tenaga Nasional kekal tidak berubah pada RM13.16.

Daripada saham aktif, Talam jatuh 0.5 sen kepada dua sen, manakala MY E.G naik empat sen kepada 86.5 sen, TWL Holdings, Berjaya Corp and Velesto Energy menambah 0.5 sen masing-masing kepada tiga sen, 36.5 sen dan 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 29.52 mata kepada 11,635.43, Indeks FBMT 100 meningkat 26.26 mata mata kepada 11,298.62, Indeks FBM 70 susut 152.44 mata kepada 16,729.34, Indeks FBM ACE naik 66.01 mata kepada 5,021.09 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 78.39 mata kepada 11,747.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 139.85 mata kepada 17,406.90, Indeks Tenaga melonjak 3.84 mata kepada 856.55, Indeks Perladangan meningkat 50.60 mata kepada 6,939.24, Indeks Teknologi menambah 0.97 mata kepada 65.78 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.13 mata to 172.26.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In