• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Pelabur Asing Beli Ekuiti RM242.1 Juta Di Bursa Malaysia Minggu Lepas

in Market Update
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia dengan menyalurkan dana berjumlah RM242.1 juta ke dalam ekuiti tempatan minggu lepas, selepas tempoh pengambilan untung pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi laporan aliran dana mingguan pada Isnin, bank pelaburan itu menjelaskan pelabur asing memulakan minggu lepas sebagai penjual bersih apabila menjual ekuiti tempatan bernilai RM17.2 juta.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, mereka bertukar menjadi pembeli bersih untuk baki tempoh minggu lepas dengan aliran masuk bersih paling kukuh bernilai RM120.7 juta pada Rabu.

“Tiga sektor teratas yang yang mencatatkan belian bersih daripada pelabur asing ialah perkhidmatan kewangan (RM417.9 juta), pembinaan (RM128.1 juta) serta telekomunikasi dan media (RM49.8 juta).

“Tiga sektor teratas yang merekodkan jualan bersih oleh pelabur asing pula ialah teknologi (RM118.8 juta), utiliti (RM83.8 juta), serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM71.7 juta),” katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah memaklumkan institusi tempatan menjual ekuiti domestik bernilai RM363.1 juta minggu lepas, selepas melakukan belian bersih pada minggu sebelumnya.

Mereka membeli bersih RM35.5 juta pada Isnin dan RM7.3 juta pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka ialah penjual bersih untuk hari lain minggu lepas dengan hari jualan bersih paling ketara pada Jumaat iaitu RM199.9 juta.

“Peruncit tempatan membeli bersih RM121.0 juta bagi minggu kedua berturut-turut. Mereka menjual bersih pada Isnin dan Khamis, masing-masing pada RM18.3 juta dan RM17.6 juta,” menurut bank pelaburan itu.

Jumlah dagangan harian purata meningkat sebanyak 20 peratus dalam kalangan pelabur asing, manakala institusi tempatan dan peruncit tempatan turun masing-masing sebanyak 1.0 peratus dan 4.8 peratus.

— BERNAMA

Tags: aliran danaBursa Malaysiapasaran ekuitipelabur asingTAG: MIDF Amanah Investment Bank
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In