• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO Sik Cheong Catat Lebihan Langganan 213.53 Kali

in Asas Saham
A A
IPO Sik Cheong Catat Lebihan Langganan 213.53 Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Saham tawaran awam permulaan (IPO) Sik Cheong Bhd yang disediakan untuk permohonan orang ramai telah terlebih langgan sebanyak 213.53 kali menjelang penyenaraian Pasaran ACE pada 13 Ogos 2024.

Sik Cheong melalui anak syarikatnya terlibat dalam pembungkusan semula, pemasaran dan pengedaran produk minyak olein sawit yang ditapis, dilunturkan dan dinyahbau.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata 26,395 permohonan untuk 2.85 bilion saham terbitan bernilai RM770.36 juta diterima rakyat Malaysia untuk 13.3 juta saham tersedia.

“Bagi bahagian Bumiputera, 14,953 permohonan untuk 1.31 bilion saham terbitan diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 195.40 kali.

“Bagi bahagian awam pula, 11,442 permohonan untuk 1.55 bilion saham diterima, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 231.65 kali ganda,” katanya.

Selain itu, 4.0 juta saham yang disediakan untuk orang yang layak telah dilanggan sepenuhnya manakala 48.7 juta saham dan 20 juta saham tawaran yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih juga telah ditempatkan sepenuhnya, katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada 19 Julai lepas, kumpulan itu berkata pelaksanaan IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 66 juta saham baharu, mewakili 24.8 peratus daripada modal sahamnya yang diperbesarkan dan tawaran untuk penjualan 20 juta saham sedia ada (7.5 peratus) pada harga terbitan 27 sen sesaham.

TA Securities Holdings Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO tersebut.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOpasaran ACESik Cheong
Share228ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In