• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah pada minggu lepas berikutan sentimen semakin merosot dengan kebimbangan mengenai kemelesetan dan data pekerjaan pada Julai 2024 yang lebih lemah daripada jangkaan, kata peniaga.

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) lebih perlahan daripada jangkaan pada Julai manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.3 peratus berbanding 4.1 peratus pada Jun.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 27.62 mata kepada 1,583.43 daripada 1,611.05 pada Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks dibuka rendah 17.69 mata kepada 1,593.36.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 962 berbanding 30, dengan 137 kaunter tidak berubah, 1,276 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 561.79 juta unit bernilai RM280.91 juta.

Sehubungan itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot 611 mata manakala Nasdaq berkurangan 418 mata berikutan dana mengekalkan peralihan kepada bon, sekali gus mendorong hasil 10 tahun AS kepada paras terendah setakat ini pada tahun ini kepada 3.799 peratus. 

“Dalam negara, FBM KLCI juga tidak terkecuali berikutan ia merosot kepada hanya melebihi paras 1,610 berikutan jualan di peringkat serantau.

“Kami percaya jualan sedemikian hanya menjadi reaksi segera berikutan peniaga mungkin melihat ini sebagai alasan untuk menyimpan keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berpendapat sentimen secara keseluruhan akan menjadi berhati-hati dan menjangka akan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing merosot 10 sen kepada RM10.14 dan RM7.30, Public Bank berkurangan tujuh sen kepada RM4.21, Tenaga Nasional berkurangan 44 sen kepada RM13.52 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.24.

Daripada saham aktif, Velesto Energy merosot satu sen kepada 20.5 sen, Aimflex susut 1.5 sen kepada 17 sen manakala EA Holdings, Widad dan Pegasus Heights, masing-masing tidak berubah pada setengah sen, lima sen dan satu sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 301.30 mata kepada 12,002.20, Indeks FBMT 100 berkurangan 269.20 mata kepada 11,650.75, Indeks FBM 70 susut 643.26 mata kepada 17,259.54, Indeks FBM ACE jatuh 256.13 mata kepada 5,214.28 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 358.75 mata kepada 12,089.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 236.35 mata kepada 17,995.23, Indeks Pembinaan merosot 15.58 mata kepada 269.44, Indeks Penjagaan Kesihatan susut 54.12 mata kepada 1,946.32 dan Indeks Perladangan turun 69.14 mata kepada 7,074.47.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In