fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih F&N Meningkat Kepada RM121.63 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Fraser & Neave Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM103.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM121.63 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM99.37 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Bagaimanapun, perolehan susut kepada RM1.30 bilion daripada RM1.33 bilion sebelumnya, berikutan ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan eksport daripada makanan dan minuman Malaysia (F&B Malaysia), serta kemerosotan baht Thailand.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya bagi sembilan bulan terkumpul untuk tahun kewangan 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM457.78 juta berbanding RM399.342 juta tahun lepas.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Perolehan pula menokok kepada RM3.99 bilion daripada RM3.76 bilion sebelumnya.

F&N berkata keuntungan selepas cukai yang lebih baik pada suku ketiga tahun kewangan 2024 adalah berikutan tamatnya tempoh insentif Lembaga Pelaburan (BOI) Thailand untuk F&B Thailand pada suku semasa, walaupun perbelanjaan cukai adalah lebih tinggi.

Menurutnya perolehan F&B Malaysia bagi suku ketiga tahun kewangan 2024 menyusut 2.5 peratus kepada RM730.0 juta (suku ketiga tahun kewangan 2023: RM748.8 juta) terutama berikutan cabaran dari segi perniagaan eksport dan permintaan lemah serta kenaikan caj pengangkutan laut akibat krisis perkapalan Laut Merah.

“Bagaimanapun, perniagaan domestik terus mengekalkan momentum bagi kategori minuman dan tenusu membabitkan semua saluran, disokong oleh kejayaan kempen pemasaran dan peningkatan penembusan cawangan, walaupun terdapat jualan awal untuk Hari Raya pada suku kedua tahun kewangan 2024,” katanya.

Perolehan F&B Thailand pula meningkat 0.5 peratus dalam mata wang tempatan pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong terutama oleh eksport lebih tinggi ke Indochina, dan promosi dan kempen pemasaran yang berkesan.

Bagaimanapun, pertumbuhan itu terkesan oleh realisasi mata wang yang tidak memberangsangkan, menyebabkan perolehan berkurangan 1.5 peratus tahun ke tahun kepada RM573.3 juta (suku ketiga tahun kewangan 2023: RM582.1 juta).

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu memaklumkan berada di landasan untuk melengkapkan Fasa 1 ladang tenusunya di Gemas, Negeri Sembilan menjelang awal 2025.

Katanya pembinaan kilang pembuatannya di Kemboja dalam fasa tender pada masa ini.

— BERNAMA

Tags: F&BF&Nkeuntunganprestasisuku ketiga tahun kewangan 2024
Share208ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In