• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Yong Tai Jual Hotel Lima Bintang Di Melaka Pada Harga RM160 Juta

in Catalyst
A A
Unit Yong Tai Jual Hotel Lima Bintang Di Melaka Pada Harga RM160 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Yong Tai Bhd (YTB) akan menjual hotel lima bintang Courtyard by Marriott Melaka kepada Southern Envoy Sdn Bhd pada harga RM160 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Yong Tai berkata anak syarikat milik penuhnya, Apple 99 Development Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Southern Envoy.

Ia berkata cadangan penjualan hotel itu memberi peluang kepada Yong Tai untuk membuka potensi nilai hotel itu, dan ia dijangka memberikan anggaran keuntungan proforma bersih daripada penjualan kira-kira RM45.86 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Cadangan penjualan itu akan menghasilkan RM160 juta yang digunakan oleh kumpulan, antara lain untuk membayar balik pinjaman bank sedia ada yang dibuat oleh Apple 99 dan tuntutan pembayaran kemajuan tertunggak kepada kontraktor utama, sekali gus meningkatkan tahap penggearan Yong Tai.

“Setelah selesai cadangan penjualan itu, Yong Tai dapat meningkatkan prestasi kewangannya dan merealisasikan keuntungan, sekali gus mengukuhkan aliran tunai dan kedudukan aset bersihnya,” katanya.

Yong Tai berkata nilai pasaran hotel itu seperti yang dinilai oleh Nawawi Tie Leung Property Consultants Sdn Bhd, menggunakan pendekatan perbandingan dan ditambah dengan pendekatan pendapatan, berdasarkan laporan penilaiannya bertarikh 1 Jun, 2024 harganya ialah pada RM170 juta.

Sementara itu, kumpulan tersebut juga mencadangkan terbitan khas sehingga 30 peratus daripada jumlah saham biasa terbitan dalam Yong Tai, tidak termasuk saham perbendaharaan, kepada pelabur bebas yang akan dikenal pasti dan pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian.

Ia berkata terbitan khas yang dicadangkan itu akan melibatkan terbitan sehingga 190 juta saham baharu, yang diperoleh berdasarkan 30 peratus daripada modal terbitan yang diperbesarkan sebanyak RM843.02 juta terdiri daripada 633.50 juta saham.

“Cadangan terbitan khas itu akan membolehkan kumpulan mengumpul dana dengan lebih cepat dan dengan cara yang lebih kos efektif berbanding pilihan pengumpulan dana lain seperti terbitan prorata sekuriti,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Apple 99 DevelopmenthotelpenjualanSouthern Envoy Sdn Bhdterbitan khasYong Tai Bhd
Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In