• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Paragon Cadang Beli Tanah Pegangan Kekal Bernilai RM34.96 Juta Di Johor Bahru

in Catalyst
A A
Paragon Globe Cadang Beli Tanah 42.28 Hektar Di Johor Bahru Pada RM71.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Paragon Globe Bhd (PGB) bercadang membeli dua bidang tanah pegangan kekal di Plentong, Johor Bahru bernilai RM34.96 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PGB berkata anak syarikat milik penuhnya, Paragon Business Hub Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan EKL Holdings Sdn Bhd bagi cadangan pembelian tanah D, masing-masing berkeluasan 4.48 hektar dan 3.33 hektar.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pembangunan tanah D bersama-sama dua bidang tanah yang dibeli oleh kumpulan itu sebelum ini dijangka melibatkan cadangan pembinaan 64 unit kilang teres, 20 unit kilang berkembar dan lima unit kilang sesebuah.

Pembangunan yang dicadangkan itu dijangka bermula pada Mac 2025 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Anggaran jumlah nilai pembangunan kasar bagi pembangunan yang dicadangkan berjumlah RM293.52 juta manakala kos pembangunan kasar dijangka RM226.72 juta.

“Sehubungan itu, kumpulan dijangka meraih anggaran keuntungan pembangunan kasar sebanyak RM66.80 juta sepanjang tempoh cadangan pembangunan itu,” kata PGB.

Pertimbangan pembelian tanah D dijangka dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman, pinjaman bank dan/atau penjanaan dana ekuiti.

PGB berkata cadangan pembelian itu memberi peluang kepada syarikat untuk mengumpul tanah yang strategik untuk pembangunan hartanah dan/atau tujuan pelaburan, memandangkan tanah yang dibeli terletak di lokasi utama sedang pesat membangun dengan potensi pembangunan perindustrian yang positif.

Pembelian tanah D akan ditambah baik menerusi peningkatan infrastruktur dan pengukuhan aspek keselamatan bandar yang mempunyai potensi baik untuk dibangunkan sebagai metropolis.

Kumpulan itu dijangka mempunyai simpanan tanah seluas 125.4 hektar selepas cadangan pembelian tanah berkenaan selesai.

Tertakluk kepada kelulusan diperlukan yang diperoleh, cadangan pembelian berkenaan dijangka siap dalam tempoh enam bulan daripada tarikh SPA.

— BERNAMA

Tags: cadangan pembelian tanahJohor BahruParagon Business HubParagon Globe Bhd
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In