• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas selepas Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang terkini pada Jun mencapai jangkaan pasaran.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, indeks harga PCE meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan dan naik 2.5 peratus tahun ke tahun pada Jun, sejajar dengan konsensus pasaran.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.89 mata kepada 1,618.77 daripada 1,612.88 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 4.28 mata kepada 1,617.16. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 280 berbanding 139, dengan 343 kaunter tidak berubah, 1,749 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 352.85 juta unit bernilai RM133.41 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup tinggi berikutan pelabur kembali kepada saham wajaran tinggi teknologi yang telah mewujudkan jualan pada awal minggu lepas.

Katanya PCE utama sejajar dengan unjuran, meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tidak lama lagi.

Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya pada minggu ini, peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan China, jualan rumah AS, data pekerjaan AS dan PMI Pembuatan ISM AS.

“Walaupun sentimen lemah di AS, kami menjangka ini boleh menjadi peluang belian dengan peningkatan semula pada Jumaat.

“Kami percaya minat belian akan tertumpu kepada pemangkin pusat data, dengan tumpuan kepada sektor pembinaan, hartanah, utiliti, bahan binaan dan teknologi,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM10.18, Tenaga Nasional menambah 12.0 sen kepada RM14.14 dan CIMB Group meningkat 3.0 sen kepada RM7.20 manakala Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah pada RM4.21 dan RM6.26.

Daripada saham aktif, Velocity Capital Partner naik 1.0 sen kepada 7.0 sen dan Dagang NeXchange meningkat 2.0 sen kepada 43.5 sen manakala Ekovest merosot 1.5 sen kepada 45.0 sen, Focus Dynamics Group berkurangan setengah sen kepada 1.5 sen dan HB Global tidak berubah pada 14.0 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 43.79 mata kepada 12,507.52, Indeks FBMT 100 naik 43.22 mata kepada 12,093.78, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 44.46 mata kepada 12,785.61 dan Indeks FBM 70 menokok 63.62 mata kepada 18,593.77 manakala Indeks FBM ACE merosot 14.97 mata kepada 5,779.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 36.38 mata kepada 18,008.30, Indeks Penjagaan Kesihatan menambah 5.48 mata kepada 2,157.19, Indeks Pembinaan meningkat 1.49 mata kepada 305.84 dan Indeks Perladangan menokok 4.26 mata kepada 7,148.45.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In