• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Nestle Malaysia Susut Kepada RM93.60 Juta Pada Suku Kedua 

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2022 Nestle Meningkat Kepada RM205.18 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah kepada RM93.60 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024 daripada RM180.92 juta setahun lalu disebabkan oleh jualan yang lebih rendah dan kesedaran membuat pilihan berdasarkan harga. 

Pengeluar makanan dan minuman itu berkata ketika keluarga di Malaysia berdepan kenaikan harga makanan dan barangan asas lain, Nestle berusaha untuk mengurangkan kenaikan kos luaran yang dipindahkan kepada harga akhir.

Ia berkata pihaknya akan melakukan pelbagai usaha dan tindakan untuk menyerap sebahagian daripada kos tersebut dan secara aktif mengurangkan tekanan kos.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, hasil bagi suku dalam tinjauan jatuh kepada RM1.52 bilion daripada paras tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.75 bilion pada suku kedua 2023, terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam jualan domestik, kata syarikat itu.

“(Ini mencerminkan) persekitaran semasa sentimen pengguna yang lemah dan kuasa beli yang terhad,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih Nestle Malaysia menyusut kepada RM289.11 juta berbanding RM378.06 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, manakala hasil turut merosot kepada RM3.31 bilion daripada RM3.59 bilion sebelumnya.

“Ini boleh dikaitkan dengan sentimen pengguna yang lemah dan perbelanjaan berhati-hati semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya,” katanya.

Nestle Malaysia mengisytiharkan dividen interim sebanyak 70 sen sesaham bagi tahun berakhir 31 Disember, 2024, yang akan dibayar pada 3 Oktober, 2024 kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam rekod pendeposit pada 4 September.

Pada masa hadapan, syarikat itu berkata keadaan mencabar dijangka berterusan sepanjang suku ketiga dan beransur-ansur sederhana menjelang akhir tahun serta kembali kepada pertumbuhan selewat-lewatnya pada separuh pertama 2025.

“Kami akan terus membina kekuatan asas kami untuk terus menyediakan rakyat Malaysia dengan rangkaian produk halal dengan citarasa terbaik dan memenuhi jangkaan kesihatan, pemakanan dan gaya hidup mereka, serta sentiasa berlandaskan kepada asas kualiti dan keselamatan kami,” katanya.

Ketika pasaran ditutup hari ini, harga saham Nestle meningkat 20 sen kepada RM122.00 dengan 29,100 saham diurusniagakan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiainflasiKeputusanmakanan dan minumanNestle (Malaysia) Bhdsuku kedua 2024
Share289ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In