• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

SC Estate Builder Memeterai Perjanjian Rumah Mampu Milik Di Kedah

in Catalyst
A A
SC Estate Builder Memeterai Perjanjian Rumah Mampu Milik Di Kedah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh, SC Estate Builder Bhd (SCBB) iaitu SC Estate Construction Sdn Bhd dan SC Estate IBS Sdn Bhd telah memeterai perjanjian kerjasama (CA) dengan tiga pihak untuk membangunkan projek pembangunan merangkumi 510 unit rumah mampu milik di Alor Setar, Kedah.

SCBB melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata tiga pihak itu ialah RMM Maju Malaysia Sdn Bhd sebagai pemaju, Visi Sempena Sdn Bhd sebagai kontraktor reka bentuk serta binaan, Anjung Meriah Sdn Bhd sebagai kontraktor bumiputera bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

“SC Estate IBS akan bertanggungjawab membekalkan 40 peratus kos pembinaan kasar bahan binaan serta Sistem Pembinaan Bersepadu (IBS) untuk pembangunan itu berjumlah RM84 juta,” kata SCBB lagi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SCCB berkata pembangunan itu akan dibuat di atas sebidang tanah berkeluasan 7,345.5646 meter persegi, yang akan dibangunkan secara berfasa.

Sementara itu, selaras dengan strategi kumpulan terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya (ESG), ia menyasarkan pembinan loji janakuasa solar berkapasiti 2,000 megawatt (MW) hingga 3,000 MW sebagai penyelesaian pelbagai kesan terhadap perubahan iklim di Malaysia dan negara anggota ASEAN.

Jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) projek itu ialah RM252 juta.

“Kerjasama berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan kumpulan,” tambahnya.

SCBB melalui makluman berasingan kepada Bursa Malaysia memberitahu unitnya, SC Estate Construction, telah memeterai perjanjian usaha sama dengan Anjung Meriah Sdn Bhd untuk bekerjasama dan mengambil bahagian sebagai konsortium dalam Program Solar Skala Besar (LSS) (LSS Petra 2024). .

“Anjung Merah akan memegang 60 peratus kepentingan dalam konsortium, manakala bakinya dimiliki oleh SC Estate Construction,” katanya.

SC Estate Construction akan bertanggungjawab untuk melabur dan mendapatkan tender Loji Tenaga Solar dan berkaitan termasuk projek Tenaga Suria atas Bumbung dan projek perniagaan yang berkaitan bagi bangunan kediaman, komersial dan perindustrian.

“Anjung Merah akan bertanggungjawab untuk mendapatkan serta melaksanakan projek Loji Tenaga Suria dan Tenaga Solar atas Bumbung mengikut syarat kontrak EPCC yang ditandatangani bagi bangunan kediaman, komersial dan perindustrian.

“Perjanjian itu akan mengukuhkan pendapatan kewangan syarikat melalui projek usaha sama,” tambah SCBB.

— BERNAMA

Tags: perjanjianSCBB
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In