• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MN Holdings Raih Kontrak Kejuruteraan Bernilai RM136.2 Juta Di Johor

in Catalyst
A A
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — MN Holdings Bhd meraih kontrak kejuruteraan pencawang bernilai RM136.2 juta di Johor daripada penyedia perkhidmatan data.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya anak syarikat milik penuhnya, MN Power Transmission Sdn Bhd menerima surat lantikan daripada pelanggan yang tidak dinamakan.

Kontrak itu melibatkan reka bentuk, pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan, ujian dan pengoperasian stesen pendaratan pengguna (CLS) 275 kilovolt (kV) baharu, antaranya bangunan utama, rumah kawal dan kerja luaran, serta penempatan semula kontena CLS 33/11kV sedia ada untuk pelanggan menerusi Pakej 2.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Syarikat berkata kerja-kerja berkenaan yang dimulakan bulan ini, disasarkan selesai menjelang Jun 2025.

Pengarah Eksekutif MN Holdings Datuk Dang Siong Diang berkata syarikat bersedia untuk membida lebih banyak projek dalam kategori pusat data, yang menyaksikan banyak pusat data sedang dibangunkan di Johor dan Selangor.

“Kami tidak menjangkakan projek infrastruktur kuasa adalah lembap pada beberapa tahun akan datang memandangkan Malaysia telah menarik lebih 50 pusat data dalam tempoh dua tahun lepas, meletakkannya di landasan untuk muncul sebagai hab pusat data baharu di Asia Tenggara.

“Secara keseluruhan, termasuk kontrak terkini yang diperoleh, MN Holdings meraih kontrak pusat data bernilai RM291.5 juta yang sedang dilaksanakan, menyebabkan syarikat sibuk dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Dang berkata syarikat turut memperoleh projek daripada pemilik projek solar (LSS) berskala besar.

“Pada suku kedua, MN Holdings memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM26 juta untuk loji solar fotovoltan (PV) LSS di Kedah dan kontrak bernilai RM1.26 juta untuk membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliahkan sistem PV solar bagi kerja pemulihan empat stesen hibrid solar di Perak, Kelantan dan Johor,” katanya.

Pada masa hadapan, MN Holdings berkata prestasinya dijangka didorong oleh projek yang sedang berjalan dan projek baharu yang berpotensi diraih.

Syarikat berkata ia turut bergiat aktif dalam menaik taraf infrastruktur air dan pembetungan, didorong oleh tumpuan kerajaan untuk menangani cabaran air bukan hasil dan permintaan air yang meningkat bagi menyokong industri pusat data.

— BERNAMA

Tags: Dang Siong DiangkontrakMN HoldingsMN Powerpusat data
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In