• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AME Elite, AME REIT Cadang Peroleh Hartanah Industri Pada Harga RM119.5 Juta

in Catalyst
A A
AME Elite, AME REIT Cadang Peroleh Hartanah Industri Pada Harga RM119.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — AME Elite Consortium Bhd dan I REIT Managers Sdn Bhd, syarikat pengurusan AME Real Estate Investment Trust (AME REIT), secara bersama mengumumkan cadangan pengambilalihan empat hartanah industri pajakan sepenuhnya di Iskandar Malaysia bernilai RM119.5 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, AME REIT berkata ia akan memperoleh hartanah-hartanah itu daripada AME Elite, iaitu syarikat yang membentuk amanah pelaburan hartanah secara pertimbangan tunai.

Dua daripada empat hartanah tersebut terletak di i-TechValley dan dua lagi di i-Park@Senai Airport City.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Hartanah tersebut mempunyai jumlah kawasan boleh sewa yang dipersetujui sebanyak 391,872 kaki persegi, terdiri daripada kilang berasingan satu tingkat dengan pejabat mezanin dan bangunan tambahan, yang kini disewa kepada penyewa bereputasi baik, katanya.

Ia menambah hasil daripada pelupusan oleh AME Elite sebahagiannya digunakan untuk membiayai pembangunan berterusan projek i-TechValley dalam Kluster Perindustrian Logistik Selatan (SILC), iaitu taman perindustrian seluas 27.9 hektar dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan sebanyak RM1.5 bilion.

“Baki selebihnya akan diperuntukkan untuk pembangunan dan projek pelaburan hartanah industri di masa depan, termasuk pemerolehan tanah dan usaha sama,” katanya.

AME REIT berkata transaksi tersebut dijangka menjana keuntungan proforma daripada pelupusan kira-kira RM22.9 juta untuk AME Elite (selepas cukai dan kepentingan minoriti), menyebabkan peningkatan ilustratif sebanyak 24.1 peratus dalam pendapatan sesaham kepada 18.08 sen daripada 14.57 sen untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.

“Urus niaga ini distruktur sebagai perjanjian jual beli antara RHB Trustees Bhd, pemegang amanah AME REIT, dan anak syarikat AME Elite, dengan pertimbangan pembelian diselesaikan sepenuhnya secara tunai.

“Ia akan diselesaikan secara berperingkat antara suku pertama hingga suku ketiga 2025,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: AME EliteAME REITcadanganhartanahurus niaga
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In