• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua Axis REIT Naik Kepada RM38.95 Juta

in Catalyst
A A
Penyelidikan RHB Kekalkan Saranan Beli Ke Atas Axis REIT

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Axis Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM38.95 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2024, berbanding RM34.72 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil turut meningkat kepada RM76.53 juta daripada RM68.45 juta sebelum itu, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, Axis-REIT merekodkan pendapatan hartanahnya RM76.0 juta, manakala pendapatan amanah bersih mencatatkan RM39.0 juta, didorong pendapatan amanah RM76.5 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pendapatan yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya daripada hartanah yang baru dibeli dan pengembalian sewa positif daripada portfolio sedia ada.

“Ini dirangsang dengan penyewaan baharu di Pusat Pengedaran Axis Shah Alam (DC) 3 dan sumbangan pendapatan daripada Bukit Raja DC 2,” katanya.

Syarikat pengurusan Axis-REIT, Axis REIT Managers Bhd, mencadangkan untuk mengagihkan 99 peratus daripada pendapatan direalisasi yang tersedia, yang dijana daripada operasi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024, sebagai pengagihan pendapatan interim kedua untuk 2024.

Pengagihan melibatkan 2.25 sen seunit, termasuk bahagian tidak bercukai kira-kira 0.01 sen seunit yang diperoleh daripada pendapatan keuntungan dikecualikan cukai yang tidak tertakluk kepada cukai.

Bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2024, keuntungan bersih Axis REIT meningkat kepada RM81.22 juta daripada RM65.02 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat 9.7 peratus kepada RM152.07 juta daripada RM138.62 juta sebelumnya.

Pengurus itu optimis dengan prospek masa depan, memandangkan prestasi portfolio hartanah sedia ada Axis-REIT yang memuaskan dan strategi pertumbuhannya untuk meneruskan pelaburan berkualiti secara aktif, ia akan dapat mengekalkan prestasi semasanya untuk tahun kewangan 2024.

— BERNAMA

Tags: Axis REITBursa Malaysiakeputusan korporatprospeksuku keduatahun kewangan 2024
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In