• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

BWYS Group Disenaraikan Di Pasaran ACE Dengan Premium 45 Peratus

in Asas Saham
A A
BWYS Group Disenaraikan Di Pasaran ACE Dengan Premium 45 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Saham pengeluar produk kepingan logam dan pembekal perancah, BWYS Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia, dibuka pada 32 sen, mewakili premium sebanyak 45 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 22 sen. 

Sejumlah 33.92 juta saham diniagakan pada pembukaan.

Ketua Pegawai Operasi BWYS Ken Lau Ken Wah berkata pihak pengurusan “sangat berpuas hati” dengan harga pembukaan itu, membuktikan rekod prestasi syarikat yang cemerlang dan prospek pertumbuhan yang menjanjikan.

“Kami gembira kerana harga saham dalam pasaran telah mencerminkan sentimen ini. Kami akan menumpukan usaha untuk melaksanakan rancangan kami termasuk menubuhkan kilang baharu di Pulau Pinang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian di sini hari ini.

Kilang baharu itu dijangka meningkatkan ruang gudangnya sebanyak kira-kira 10 kali ganda, sekali gus memberikan pengurusan inventori yang lebih baik kepada kumpulan, kata Lau.

Beliau berkata dari segi prestasi kewangan, hasil BWYS Group meningkat kepada RM246.08 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, daripada RM130.86 juta pada tahun kewangan 2020, iaitu mencapai kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) tiga tahun sebanyak 23.4 peratus.

Bagi tahun kewangan 2023, 95.6 peratus daripada hasil kumpulan dijana dalam negara, dengan baki (4.4 peratus) datang dari Amerika Syarikat dan negara lain, termasuk Singapura, Indonesia, Australia, Bangladesh, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, Brunei, dan Kuwait.

BWYS turut merancang untuk mengembangkan operasi dalam pasaran baharu dan sedia ada, dengan memanfaatkan rangkaian jualan semula, sekali gus mengurangkan pelaburan besar untuk sumber dan kemudahan di luar negara, katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Kang Beng Hai berkata BWYS Group memegang 11 peratus bahagian pasaran kepingan dan kekuda bumbung logam di negara ini pada 2023.

“Kami sedang mengembangkan kapasiti pengeluaran kami dengan kilang baharu seluas 197,153 kaki persegi di Pulau Pinang. Peluasan strategik ini bukan sahaja akan menyelesaikan kekangan ruang sedia ada tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan barisan pengeluaran baharu,” katanya. 

Pada penyenaraian hari ini, kumpulan itu menyasarkan untuk mencapai permodalan pasaran sebanyak RM225.5 juta berdasarkan modal saham terbitannya yang diperbesarkan sebanyak 1.03 bilion saham, katanya.

M & A Securities Sdn Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO berkenaan.

— BERNAMA

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!

Tags: bahan binaan bangunanBursa MalaysiaIPOpasaran ACETAG: BWYS Grouptawaran awam permulaan
Share224ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In