• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan mencatatkan penurunan, mencerminkan prestasi Wall Street yang kurang menggalakkan pada Jumaat lepas.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.41 mata kepada 1,633.14 daripada 1,636.55 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 0.57 mata kepada 1,637.12. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 355 berbanding 152, dengan 359 kaunter tidak berubah, 1,582 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 405.01 juta unit bernilai RM165.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri minggu lepas dengan sentimen lemah berikutan ketiga-tiga indeks utamanya merosot susulan peralihan kepada saham permodalan kecil.

“Walaupun dagangan tidak terjejas oleh penutupan teknologi maklumat (IT) global, penyebab utama, Crowdstrike, jatuh sebanyak 11.1 peratus.

“Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot 377 mata manakala Nasdaq berkurangan 144 mata, dengan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik kepada 4.24 peratus,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam negara, walaupun terdapat pergolakan di peringkat serantau, FBM KLCI ditutup pada satu lagi paras tertinggi setakat ini pada tahun ini berikutan momentum belian yang kekal utuh dengan terdapat aktiviti pengambilan untung.

“Bagaimanapun, kami mendapati jumlah dagangan harian yang diniagakan merosot dengan ketara kepada di bawah 4.5 bilion saham pada Jumaat, menunjukkan pasaran terus berhati-hati.

“Walaupun Wall Street lembap, kami percaya dagangan di bursa tempatan akan kekal positif berikutan peralihan berterusan oleh dana asing dijangka memberi kesan limpahan kepada rantau ini, termasuk Malaysia,” katanya.

Oleh itu, Thong menjangka indeks utama tempatan akan bergerak dalam julat 1,630-1,640 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group menambah 2.0 sen kepada RM7.17 dan IHH Healthcare naik 6.0 sen kepada RM6.39.

Sementara itu, Tenaga Nasional merosot 4.0 sen kepada RM14.40, Public Bank berkurangan 1.0 sen kepada RM4.23 dan Maybank tidak berubah pada RM10.10.

Dalam kalangan saham aktif, BWYS Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 13.5 sen kepada 35.5 sen, Securemetric Bhd meningkat 1.5 sen kepada 24 sen serta Ingenieur Gudang dan Aneka Jaringan Holdings, masing-masing menambah setengah sen kepada 5.5 sen dan 19.5 sen manakala MY E.G. Services tidak berubah pada 98.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 27.18 mata kepada 12,632.08, Indeks FBMT 100 berkurangan 25.90 mata kepada 12,206.52, Indeks FBM Emas Shariah susut 36.88 mata kepada 13,000.22 dan Indeks FBM 70 jatuh 41.17 mata kepada 18,786.84 manakala Indeks FBM ACE naik 14.13 mata kepada 5,948.34.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.33 mata kepada 17,976.11 dan Indeks Penjagaan Kesihatan naik 1.85 mata kepada 2,182.79 manakala Indeks Pembinaan merosot 0.51 mata kepada 314.19 dan Indeks Perladangan susut 3.52 mata kepada 7,221.33.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In