Ramai yang mungkin tidak mengenali syarikat ini. Syarikat ini adalah Corning Incorporated (GLW).
Syarikat ini disenaraikan di New York Stock Exchange (NYSE). Baru-baru ini, harga saham ini naik mendadak lebih dari 9%. Ini terjadi setelah syarikat ini menaikkan ramalan jualan teras bagi suku kedua 2024 susulan permintaan untuk produk gentian optiknya (fibre optic) meningkat dengan penerapan teknologi AI generatif.
Penyelesaian gentian optik Corning membantu syarikat-syarikat memindahkan sejumlah besar data yang diperlukan untuk melatih sistem AI. Pusat data hiperskala memerlukan kabel optik berkapasiti tinggi untuk menghubungkan kemudahan yang mungkin menempatkan peranti penyimpanan dan infrastruktur lain untuk operasi mereka.
Latar Belakang
Corning Incorporated terlibat dalam teknologi paparan, komunikasi optik, teknologi alam sekitar, bahan khas, dan perniagaan sains hayat di Amerika Syarikat dan antarabangsa.
Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Corning Glass Works dan menukar namanya kepada Corning Incorporated pada April 1989. Corning Incorporated ditubuhkan pada tahun 1851 dan beribu pejabat di Corning, New York.
Fakta Menarik
Tahukah anda bahawa Corning merupakan syarikat yang menghasilkan Gorilla Glass yang digunakan pada telefon pintar Apple dan Samsung?
Kalau anda pergi ke kedai untuk menukar tempered glass juga pasti pernah ternampak jenama Gorilla ini kerana kebanyakan kedai menggunakannya.
Prestasi Kewangan Suku Pertama
Corning Incorporated melaporkan keputusan pendapatan untuk suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2024. Untuk suku pertama, syarikat melaporkan jualan sebanyak USD 2.98 bilion berbanding USD 3.18 bilion setahun lalu. Pendapatan bersih adalah USD 209 juta berbanding USD 176 juta setahun lalu. Pendapatan asas sesaham dari operasi berterusan adalah USD 0.25 berbanding USD 0.21 setahun lalu. Pendapatan cair sesaham dari operasi berterusan adalah USD 0.24 berbanding USD 0.2 setahun lalu.
Ramalan Suku Kedua 2024
Syarikat yang berpangkalan di New York ini menjangkakan jualan terasnya meningkat kepada USD3.6 bilion bagi suku kedua berbanding ramalan sebelum ini iaitu pada USD3.4 bilion. Maka tidak hairanlah ia mampu menarik minat pelabur.
Berdasarkan data LSEG, penganalisa menjangkakan jualan teras syarikat ini adalah sekitar USD3.41 bilion.
Adakah Corning Inc mampu menepati ramalannya sendiri? Sama-sama kita nantikan. Syarikat ini bakal mengumumkan laporan prestasi suku kedua pada 30 Julai 2024.
Dividen
Berdasarkan rekod, syarikat ini konsisten membayar dividen 4 kali setahun kepada pemegang saham. Jika anda ingin menerima dividen dari saham ini, ex-dividen yang seterusnya ialah 30 Ogos 2024.
Status Syariah
Corning Inc. disahkan patuh syariah di platform pelaburan CGSI.
Prestasi Saham
Saham ini telah naik sebanyak 45% dari awal tahun 2024 sehingga setakat 8 Julai 2024. Harganya setakat 8 Julai 2024 adalah USD43.05.
Jadi, apa kata anda? Menarik ke tak saham ini?
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet