• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meneruskan Peningkatan Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia yang ditutup tinggi semalam, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, meneruskan peningkatan pada awal dagangan hari ini, dibantu oleh minat belian berterusan dan prestasi positif semalaman Wall Street.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 1.91 mata kepada 1,631.73. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 294 berbanding 272, dengan 376 kaunter tidak berubah, 1,503 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 466.55 juta unit bernilai RM210.97 juta.

Hong Leong Investment Bank berkata ia boleh berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk melepasi paras 1,632, paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, sebelum berlegar pada paras antara 1,660-1,676.

“Susulan optimis terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada September depan, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia, peningkatan pelaburan langsung asing dan pembinaan infrastruktur ditambah dengan kerancakan dalam tema pelaburan, FBM KLCI dijangka melepasi paras rintangan menembusi jangka pendek pada 1,632, sebelum berada pada paras rintangan lebih tinggi antara 1,660-1,676,” kata bank itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB menambah dua sen kepada RM14.50 manakala Public Bank, CIMB dan IHH Healthcare meningkat satu sen masing-masing kepada RM4.14, RM7.19, and RM6.35, Petronas Chemicals kekal tidak berubah RM6.06 sementara Maybank dan Press Metal merosot dua sen masing-masing kepada RM10.12 dan RM6.01.

Dalam kalangan kaunter paling aktif, Bintai Kinden dan Velesto melonjak satu sen masing-masing kepada 12.5 sen dan 24 sen, MLabs naik 3.5 sen kepada 24 sen, WCT meningkat kepada lapan sen kepada RM1.19, Ekovest menokok 0.5 sen kepada 52 sen, JAKS tidak berubah pada 17.5 sen, Harvest berkurangan satu sen kepada 8.5 sen dan Ahmad Zaki Resources turun 0.5 sen kepada 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.54 mata kepada 12,636.35, Indeks FBMT 100 meningkat 4.66 mata kepada 12,205.94, Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.41 mata kepada 13,017.99, Indeks FBM 70 naik 18.73 mata kepada 18,868.67 dan Indeks FBM ACE merosot 16.06 mata kepada 6,006.67. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.22 mata kepada 17,944.49, Indeks Perladangan menambah 12.10 mata kepada 6,975.73, Indeks Tenaga melonjak 2.88 mata kepada 973.95, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan jatuh 0.03 mata kepada 201.63.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In