• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pada minggu ini dengan mencatatkan peningkatan, menjejaki prestasi Wall Street yang tinggi pada Jumaat lepas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks dibuka tinggi 0.80 mata kepada 1,619.86. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 233 berbanding 161, dengan 359 kaunter tidak berubah, 1,713 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 239.24 juta unit bernilai RM96.07 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga akan menerima lebih banyak pendedahan dalam pasaran tempatan dan percaya pemangkin pusat data secara keseluruhan akan meningkatkan permintaan terhadap saham dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti serta dijangka menyediakan peluang untuk membeli saham pada harga rendah.

“Selain itu, kami memilih saham tertentu dalam sektor sarung tangan, solar dan pembungkusan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurut Malacca Securities, peniaga akan memantau pertumbuhan ekonomi China yang akan dikeluarkan pada minggu ini selain meneliti jualan runcit teras, pengeluaran perindustrian, tuntutan pengangguran dan pendapatan korporat AS.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB, masing-masing menambah dua sen kepada RM10.06 dan RM14.48, CelcomDigi naik satu sen kepada RM3.61 manakala Public Bank, CIMB, IHH Healthcare dan Press Metal, masing-masing tidak berubah pada RM4.11, RM7.13, RM6.33 dan RM5.95.

Dalam kalangan kaunter paling aktif, Aimflex dan JAKS, masing-masing naik setengah sen kepada 21 sen dan 18 sen, UUE Holdings meningkat dua sen kepada 94.5 sen, Ramssol melonjak tujuh sen kepada 75.5 sen, Kanger International tidak berubah pada 5.5 sen dan Ekovest merosot setengah sen kepada 50 sen.   

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 9.99 mata kepada 12,550.69, Indeks FBMT 100 meningkat 7.11 mata kepada 12,117.73,  Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.30 mata kepada 12,922.50, Indeks FBM 70 naik 11.32 mata kepada 18,684.51 dan Indeks FBM ACE menokok 32.42 mata kepada 6,013.63. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.93 mata kepada 17,816.04, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.15 mata kepada 201.11, Indeks Perladangan menambah 5.48 mata kepada 6,949.19, bagaimanapun Indeks Tenaga merosot 1.61 mata kepada 982.91.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In