• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Kenaikan Di Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum aliran peningkatannya pada awal dagangan Khamis, di tengah-tengah minat risiko global yang ketara selepas Wall Street mencatat satu lagi kenaikan tertingginya.

Pada 9.24 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 6.90 mata kepada 1,625.28 daripada paras penutup semalam pada 1,618.38.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.78 mata kepada 1,621.16.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi pada 412 berbanding 191 manakala 371 kaunter tidak berubah, 1,457 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 562.16 juta unit bernilai RM279.35 juta.

Sementara itu Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata semalam menyaksikan Wall Street mengulangi peningkatan tertingginya, didorong oleh lonjakan saham-saham teknologi.

Perkembangan itu berlaku ketika peniaga kekal optimis bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan bertindak melaras kadar dasarnya pada September menjelang data inflasi baharu dalam tempoh dua hari akan datang.

“Berikutan itu, Dow Jones meraih 429 mata manakala Nasdaq melonjak 218 mata apabila hasil Perbendaharaan 10 tahun AS ditutup lebih rendah pada 4.281 peratus,” katanya.

Di peringkat domestik, dalam senario sentimen yang kekal berhati-hati berikutan jumlah dagangan harian yang susut ke bawah paras lima bilion saham sejak beberapa hari lepas, sebaliknya berubah apabila aktiviti perdagangan dijangka bertambah baik dan menjejaki peningkatan kukuh di Wall Street.

Sehubungan itu, Thong menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam julat 1,620 hingga 1,630 pada hari ini ketika pasaran menunggu keputusan Bank Negara Malaysia mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) terbaharu, petang ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia kebanyakannya berada dalam wilayah positif kecuali Press Metal dan KLK.

Maybank misalnya naik empat sen kepada RM10.06 manakala Tenaga Nasional, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM14.40, RM4.14 dan RM6.30 manakala CIMB menokok tujuh sen kepada RM7.16.

Kaunter paling aktif menyaksikan kaunter berkaitan teknologi terus mendominasi dengan Techbase Industries naik 1.5 sen pada 23 sen, Cabnet melonjak 6.5 sen kepada 76.5 sen, Dataprep sebaliknya susut satu sen kepada 23.5 sen dan Nova MSC turun dua sen kepada 25 sen.

Di papan indeks, prestasi Indeks FBM Emas menambah 66.86 mata kepada 12,577.24, Indeks FBMT 100 menokok 64.72 mata kepada 12,150.63, Indeks FBM Emas Syariah meraih 73.13 mata kepada 12,930.39, Indeks FBM 70 melonjak 147.59 mata kepada 18,711.12 dan Indeks FBM ACE meningkat 20.33 mata kepada 5,994.91.

Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 89.64 mata kepada 17,838.45, Indeks Perladangan menokok 5.23 mata kepada 6,963.20, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.44 mata kepada 200.50 manakala Indeks Tenaga berkurangan 2.54 mata kepada 982.41.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIOPRWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In