• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ocean Fresh Dibuka Pada 86 Sen Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
Ocean Fresh Sasar Kumpul RM14.01 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Syarikat pengilang dan peniaga makanan laut beku, Ocean Fresh Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 86 sen, meningkat 58 sen atau premium 203.57 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 28 sen.

Pada loceng pembukaan, kaunter menyaksikan sebanyak 4.88 juta saham saling berpindah tangan.

Ocean Fresh terlibat dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku dan menyediakan perkhidmatan pemprosesan makanan laut sejuk beku kepada pelanggan di Malaysia, Turki, China, Thailand, Vietnam dan Jepun.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Pengarah Eksekutifnya Teo Chee Han dalam satu kenyataan berkata kumpulan itu berhasrat menggunakan RM8.0 juta sebagai perbelanjaan modal untuk kemudahan simpanan sejuk baharu di Kuantan, Pahang.

Kumpulan itu telah mengumpul kira-kira RM14 juta daripada pelaksanaan IPO.

Beliau berkata kemudahan penyimpanan sejuk baharu itu akan membolehkan kumpulan mengekalkan tahap inventori yang lebih tinggi, meningkatkan kapasiti penyimpanan maksimum bilik sejuk sedia ada daripada 1,700 tan kepada 4,700 tan.

“Ia dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk kami selain meningkatkan eksport produk makanan laut sejuk beku Ocean Fresh ke pasaran antarabangsa khususnya China serta meneroka pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut kering,” katanya.

Teo berkata Ocean Fresh telah berkembang menjadi pemproses dan peniaga makanan laut beku kukuh di Malaysia dengan rangkaian pembekal yang menyediakan makanan laut tempatan dan antarabangsa ditangkap dan diternak serta sebagai rangkaian pelanggan global.

Kemudahannya mempunyai kapasiti maksimum untuk memproses kira-kira 18,000 tan produk makanan laut beku setiap tahun.

— BERNAMA

Tags: makanan laut bekuOcean Freshpasaran ACE
Share238ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

6 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

7 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In