• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Greatech Technology Laksana Terbitan Bonus Sehingga 1.25 Juta Saham Baharu

in Asas Saham
A A
Greatech Technology Laksana Terbitan Bonus Sehingga 1.25 Juta Saham Baharu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Greatech Technology Bhd bercadang untuk melaksanakan terbitan bonus sehingga 1,254,879,250 saham baharu berdasarkan satu saham bonus bagi setiap satu saham sedia ada yang dipegang oleh pemegang saham pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan dan diumumkan kemudian.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata di bawah senario minimum serta maksimum, terbitan bonus yang dicadangkan akan melibatkan pengeluaran 1,254,199,450 saham bonus dan sehingga 1,254,879,250 saham bonus, masing-masing.

Selepas selesai terbitan bonus yang dicadangkan, saham syarikat akan menokok kepada 2,508,398,900 serta 2,509,758,500 di bawah senario minimum dan maksimum.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Terbitan bonus yang dicadangkan itu akan membolehkan pemegang saham sedia ada mempunyai penyertaan yang lebih besar dalam ekuiti syarikat dari segi bilangan saham Greatech yang dipegang, sambil mengekalkan peratusan kepentingan ekuiti mereka.

“Ia juga akan melonjakkan kebolehpasaran serta kecairan transaksi saham Greatech di Pasaran Utama Bursa Securities, sekali gus menyediakan peluang bagi penyertaan lebih besar daripada pelbagai pelabur yang lebih meluas,” katanya lagi. 

Greatech berkata cadangan terbitan bonus itu dijangka tidak menjejaskan pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.

Bagaimanapun, mungkin akan berlaku pencairan sepadan dalam pendapatan sesaham (EPS) kumpulan itu disebabkan peningkatan dalam bilangan saham Greatech dalam terbitan.

“Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka serta tertakluk kepada semua kelulusan yang diperoleh daripada pihak berkuasa dan/atau pihak berkenaan, cadangan terbitan bonus itu dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2024,” tambahnya lagi.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaGreatech Technologyterbitan bonus
Share260ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In