fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Go Hub Capital Disenarai Di Pasaran ACE, Mahu Perluas Jejak Di Malaysia

in Asas Saham
A A
Go Hub Yang Akan Disenaraikan Di Pasaran Ace Sasar RM37.51 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) — Penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan, Go Hub Capital Bhd menumpukan usaha untuk memperluas jejaknya dalam pasaran domestik susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, hari ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tan Cherng Thong berkata syarikat itu pada masa ini terbabit dalam satu projek utama di Sabah.

Berkaitan

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

“Fokus utama kami (susulan penyenaraian di Pasaran ACE) adalah termasuk memperluas jejak geografi, khususnya di pasaran domestik yang melibatkan usaha pemasangan sistem operasi terminal (TOS) di terminal bas di Sabah yang telah beroperasi sejak November 2023. 

“Kami juga merancang untuk melaksanakan penyelesaian IT pengangkutan di lapan terminal feri di bawah inisiatif pendigitalan Sabah dengan pelaksanaan sepenuhnya dijadual menjelang Mac 2025,” katanya pada sidang media secara maya sempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE di sini, hari ini.

Terdahulu dalam kenyataannya, syarikat itu menyasarkan penyenaraian itu dapat mengumpulkan sejumlah kira-kira RM37.51 juta.

Ini termasuk masing-masing sebanyak RM24.71 juta bagi tujuan pengembangan perniagaan, RM4 juta bagi bayaran balik pinjaman, RM4.8 juta bagi tujuan modal kerja dan RM4 juta untuk menampung kos penyenaraian berkenaan.

Tan berkata sejumlah RM10.10 juta akan dimanfaatkan bagi memacu aspek tenaga kerja syarikat yang menjadi sebahagian daripada usaha pengembangan perniagaannya.

“Usaha pemasaran akan turut dipertingkat untuk melibatkan penyertaan dalam pameran-pameran antarabangsa seperti Rail Solutions Asia dan InnoTrans yang membabitkan peruntukan RM1 juta bagi aktiviti-aktiviti berkenaan,” katanya.

Beliau juga menyifatkan pengambilalihan Star Central Office Tower serta sebuah pusat bersepadu yang bakal diwujudkan di Lembah Klang, turut menjadi sebahagian daripada inisiatif strategik syarikat untuk mengembangkan lagi operasi.

Menyentuh prospek, Tan berkata syarikat juga yakin dengan prospek penyelesaian IT dalam sektor pengangkutan Malaysia berikutan pertumbuhan konsisten dari segi jumlah penumpang yang menekankan peningkatan permintaan terhadap sistem pengangkutan Go Hub Capital.

“Prestasi syarikat yang kukuh itu dibuktikan menerusi kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 55.75 peratus dalam pendapatan berulangan, sekali gus menyerlahkan keupayaan untuk memenuhi penyelesaian IT yang inovatif dan berkesan,” katanya.

Dalam pada itu, kemunculan sulung di Pasaran ACE menyaksikan kaunter saham syarikat itu mencatat premium sebanyak 45 sen atau melonjak 128.57 peratus daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 35 sen.

Pada 11.55 pagi, harga saham itu meningkat kepada 89 sen dengan sejumah 10.56 juta saham saling berpindah tangan.

— BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 days ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

1 week ago
Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

2 weeks ago
Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun
Asas Saham

Reach Ten Sasar Tingkat Prasarana Gentian Optik Kepada 767 Kilometer Dalam Tiga Tahun

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In