fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM Meterai Perjanjian Next Generation Emergency Services 999 Bernilai RM1.25 Bilion

in Catalyst
A A
TM Melonjak 5.6 Peratus, Antara Saham Paling Untung Semasa Dagangan Pagi

Sumber: TM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd, TM Technology Services Sdn Bhd (TM Tech) menandatangani perjanjian dengan kerajaan yang diwakili Kementerian Komunikasi untuk melaksanakan perkhidmatan talian kecemasan Next Generation Emergency Services 999 (NG999) bernilai RM1.25 bilion, pada Isnin.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini,  TM menjelaskan perjanjian NG999 itu adalah kesinambungan daripada Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) sedia ada, dengan semua nombor talian kecemasan disepadukan dengan satu nombor, 999.

Menurutnya NG999 akan menjadi platform digital strategik untuk orang ramai mengakses perkhidmatan talian kecemasan yang ditawarkan oleh lima agensi kecemasan utama di seluruh negara.

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

Agensi itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) and Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Platform ini juga menyepadukan pusat respons yang dikendalikan oleh TM Tech dengan pusat kawalan dan operasi agensi kecemasan,” tambahnya.

NG999 bermula tahun ini dengan tarikh kuat kuasa akan ditentukan oleh kerajaan, selama 12 tahun sehingga 2036.

Perkhidmatan yang akan disediakan mengikut perjanjian NG999 itu terdiri daripada perkhidmatan pengurusan panggilan, perkhidmatan infrastruktur dan platform, perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan sokongan NG999, penambahbaikan berterusan NG999 dan perkhidmatan tambahan NG999 lain atas permintaan kerajaan.

“Perjanjian NG999 dijangka tidak menjejaskan pendapatan disatukan dan aset bersih TM Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

“Tanpa mengambil kira sebarang keadaan luar jangka, perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih masa depan TM Group sepanjang tempoh kontrak,” jelasnya.

— BERNAMA

Tags: Kementerian Komunikasikontrak kerajaanNG999Telekom MalaysiaTM Tech
Share230ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

2 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In