• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Subsidiari HSS Engineering Bhd Dapat Kontrak JV RM1.5 Bilion Urus Metro Baghdad

in Catalyst
A A
Syarikat Sekutu HSS Engineers Peroleh Kontrak ECRL Bernilai RM16.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Subsidiari penuh firma perunding kejuruteraan dan pengurusan projek HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Engineering Sdn Bhd (HSSE) telah memperoleh kontrak usaha sama terbesarnya yang bernilai US$315.9 juta (RM1.5 bilion).

Kontrak itu bagi menyediakan perundingan pengurusan projek dan perkhidmatan penyeliaan untuk sistem rel Metro Baghdad Iraq, katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Datuk Bandar Baghdad menganugerahkan kontrak itu kepada sebuah syarikat JV yang terdiri daripada HSSE dan Consultant HSS yang berdaftar di UAE, LLC (CHSS), yang merupakan rakan kongsi HEB. Mereka telah bekerjasama dalam pelbagai projek perundingan kejuruteraan di Timur Tengah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

HSSE dan CHSS masing-masing memegang 50 peratus pegangan ekuiti dalam JV.

Dalam satu kenyataan, HEB berkata JV akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak 15 peratus untuk pengurusan projek, berjumlah US$15.8 juta (RM74.5 juta).

“Anggaran yuran perkhidmatan terbahagi kepada dua komponen iaitu skop pengurusan projek serta skop penyeliaan pembinaan, masing-masing pada 0.6 peratus dan 1.2 peratus daripada jumlah anggaran kos pembinaan,” katanya.

Kos pembinaan projek dikatakan mencecah US$17.5 bilion.

Kontrak lima tahun tersebut akan bermula pada Julai 2024 dan dijadualkan siap menjelang Mei 2029.

Kontrak itu memerlukan pembinaan rangkaian tujuh laluan metro tanpa pemandu, sepanjang 148 kilometer secara komprehensif merentasi 64 stesen yang akan melalui bahagian bawah tanah, permukaan dan bertingkat untuk sambungan yang lancar di seluruh bandar. 

Naib Pengerusi Eksekutif Tan Sri Kuna Sittampalam berkata HEB akan memainkan peranan penting dalam usaha perintis itu, yang dijangka akan membawa Baghdad ke era baharu perhubungan yang lancar dalam ibu negara Iraq untuk memangkin pertumbuhan bandar dan kemakmuran ekonominya.

“Diterajui sebagai asas strategi pembangunan negara Iraq, kami komited untuk memantapkan kedudukan jenama kami yang mempunyai standard tertinggi dalam usaha Metro Baghdad.

“Kemenangan ini, yang diperolehi dalam persaingan sengit antara beberapa negara, adalah bukti kebolehan kami. Ia mempunyai kepentingan yang besar kepada portfolio global kumpulan kami,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: Baghdad MetroHSS Engineers BhdIraqJV
Share244ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In