• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah berikutan data inflasi kekal tinggi dan sentimen terjejas oleh ketidaktentuan politik susulan debat presiden Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.50 mata kepada 1,588.59 daripada 1,590.09 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.17 mata kepada 1,590.26.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 253 berbanding 192, dengan 335 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan lima digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 371.69 juta unit bernilai RM160.19 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup rendah walaupun laporan menunjukkan perbelanjaan pengguna meningkat dengan sederhana pada Mei.

“Walaupun terdapat tekanan jualan di Wall Street, kami percaya sokongan belian akan berterusan di peringkat tempatan. Kami melihat peluang dalam sektor teknologi, apabila pelaburan dan permintaan meningkat untuk pusat data, kecerdasan buatan dan perkhidmatan teknologi awan akan menyokong aktiviti dagangan buat masa ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Katanya peniaga akan memantau beberapa data ekonomi penting yang akan dikeluarkan termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS dan data pekerjaan seperti pekerjaan bukan ladang dan kadar pengangguran.

Saham wajaran tinggi Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM13.76 dan IHH Healthcare susut satu sen kepada RM6.29 manakala Maybank naik satu sen kepada RM9.97.

Sementara itu, Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.02 dan RM6.80.

Bagi kaunter paling aktif, SNS Network dan Nova, masing-masing merosot setengah sen kepada 75 sen dan 21 sen manakala Velesto tidak berubah pada 26.5 sen.

Ingenieur Gudang naik satu sen kepada enam sen dan Hiap Teck menambah 1.5 sen kepada 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 12.53 mata kepada 12,203.87, Indeks FBMT 100 merosot 12.47 mata kepada 11,785.58, Indeks FBM Emas Shariah susut 19.97 mata kepada 12,532.73,  Indeks FBM 70 turun 23.82 mata kepada 17,818.07.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE naik 4.02 mata kepada 5,777.30.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 3.25 mata kepada 17,451.48 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.50 mata kepada 195.80. Indeks Tenaga naik 3.50 mata kepada 958.92 dan Indeks Perladangan meningkat 2.04 mata kepada 6,984.76.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In