• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM Construction Peroleh Kontrak RM331.7 Juta Daripada TM Technology

in Catalyst
A A
IJM Dapat Kontrak RM653.6 Juta Bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Unit milik penuh konglomerat IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak berjumlah RM331.7 juta daripada TM Technology Services Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd.

IJM dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa kontrak itu adalah untuk mereka bentuk dan membina Blok 2 Pusat Data Iskandar Puteri di Johor.

Kontrak berkenaan merangkumi asas bangunan tersebut, substruktur, superstruktur, kerja bangunan, perkhidmatan mekanikal dan elektrik, kerja pemasangan, ujian dan pentauliahan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pusat data itu bertujuan untuk mencapai pensijilan ‘Uptime Institute Tier III’, ia adalah piawaian antarabangsa bagi prestasi pusat data dan pensijilan Tahap III menyatakan keupayaan pusat data tersebut untuk penyelenggaraan tanpa tempoh tidak beroperasi atau ‘downtime’ disebabkan sistemnya. 

“Pembinaan pusat data itu akan bermula bulan depan dan dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Lee Chun Fai berkata projek pusat data itu merupakan pencapaian strategik untuk IJM Construction, mempelbagaikan portfolionya dan meningkatkan keupayaannya dalam pembinaan berteknologi tinggi.

“Pusat data ialah tulang belakang infrastruktur digital dan projek ini membuka jalan kepada IJM untuk menjadi penggiat utama dalam sektor penting ini,” katanya.

Kontrak terbaharu berkenaan bersama-sama dengan kontrak berjumlah RM962 juta untuk pembangunan hab logistik di Seksyen 15, Shah Alam, ia diperoleh minggu lepas dan penganugerahan kemudahan pembuatan semikonduktor untuk Siliconware Precision Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang telah meningkatkan nilai perolehan kontrak IJM Construction kepada RM7.3 bilion.

— BERNAMA

Tags: IJM ConstructionkontrakPusat Data Iskandar PuteriTM Technology
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In