• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

EPB Group Yang Bakal Berada Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM40.08 Juta Melalui IPO

in Asas Saham
A A
EPB Group Yang Bakal Berada Di Pasaran ACE Sasar Kumpul RM40.08 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Jun — EPB Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang 23 Ogos depan bercadang untuk mengumpul RM40.08 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Pengarah Urusan Yeoh Chee Min berkata daripada kutipan itu, RM24.6 juta akan digunakan untuk pembesaran kilang termasuk perolehan tanah daripada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, pembinaan kilang baharu serta pembelian jentera.

“Fasiliti semasa kami telah melebihi kapasiti dan kami terlepas banyak peluang kerana tidak mempunyai ruang yang cukup untuk mempamerkan produk syarikat. Kami mengelami kekangan dari segi ruang dan oleh itu, kami memerlukan ini,” katanya kepada media sempena pelancaran prospektus syarikat itu hari ini.  

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Yeoh menjelaskan bahawa kemudahan baru itu akan berkeluasan 70,000 kaki persegi, membolehkan syarikat mempunyai lebih banyak ruang bagi pengembangan masa depan memandangkan keluasan tanah adalah 2.83 hektar.

Syarikat itu juga merancang untuk menerap gelombang Revolusi Perindustrian 4.0 dan meningkatkan integrasi teknologi robotik dengan penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanannya. 

Beliau berkata EPB Group telah mengenal pasti peluang dalam industri untuk menggunakan lebih banyak teknologi robotik, memandangkan keperluan kebersihan yang ketat bagi pengendalian makanan dan cabaran mendesak yang dihadapi oleh pengeluar makanan dalam pengambilan pekerja kilang.

“Penggunaan lebih banyak teknologi robotik akan membantu meminimumkan campur tangan manusia disamping mampu menangani jurang penyumberan pekerja. Teknologi robotik adalah penyelesaian untuk isu buruh dan kebersihan yang menelan kos yang agak tinggi,” katanya. 

Ditanya mengenai kehadiran geografinya, Yeoh berkata syarikat itu turut mengeksport ke luar negara, dengan Filipina dan Indonesia sebagai pasaran utamanya.

“Saiz penduduk di kedua-dua negara ini adalah besar serta terdapat banyak permintaan untuk makanan diproses seperti sosej dan nugget,” katanya.

EPB Group terlibat dalam mereka bentuk, menyesuaikan, frabikasi, menyepadukan termasuk mengautomasikan barisan pengeluaran untuk syarikat pembuatan dan pemprosesan makanan. 

Pada harga IPO 56 sen sesaham, EPB akan mencapai permodalan pasaran sebanyak RM208.32 juta menjelang kemunculannya.

IPO itu melibatkan terbitan awam sebanyak 71.57 juta saham baharu, mewakili 19.24 peratus daripada sahamnya yang diperbesarkan serta tawaran membabitkan penjualan 40 juta saham biasa atau 10.75 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian, kata EPB dalam satu kenyataan sempena pelancaran prospektusnya.

Daripada saham terbitan awam kumpulan berkenaan, 19.57 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui pengundian, yang mana 50 peratus atau 9.78 juta saham akan disediakan kepada pelabur awam bumiputera.

Selain itu, 21.19 juta saham telah dikhaskan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, kakitangan termasuk rakan perniagaan yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat melalui peruntukan borang merah jambu.

Baki 30.80 juta saham akan disediakan untuk permohonan pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) melalui penempatan persendirian.

Daripada 40 juta saham di bawah tawaran jualan, 15.69 juta saham akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI, manakala 24.30 juta saham telah dikhaskan kepada pelabur terpilih.

Syarikat itu berkata permohonan IPO akan disediakan mulai hari ini dan akan ditutup menjelang 5 petang, 31 Julai 2024.

— BERNAMA

Tags: EPB GroupIPOpenyenaraian
Share247ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In